Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat
penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.
Sebab #2: Untuk Memberi Maksud Perkahwinan Dengan
Lebih Dalam Lagi
Tuhan tidak pernah menjadikan perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat menyedihkan.
Namun begitu, banyak sekali perkahwinan berakhir seperti itu. Itulah apa yang
dilakukan oleh dosa... dosa menyebabkan kita melayani sesama kita dengan teruk
sekali. Yesus mati untuk mengubah hal ini. Dia tahu bahawa penderitaan dan
kematian-Nya boleh memberi maksud perkahwinan dengan lebih dalam lagi. Itulah
sebabnya Alkitab menyatakan: “Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus
mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah” (Efesus
5:25, BM).
Tuhan menjadikan perkahwinan supaya suami
akan mengasihi isteri sebagaimana Kristus mengasihi umat-Nya, dan supaya isteri memberi respon sebagaimana umat-Nya
harus memberi respon kepada Kristus. Kasih seperti ini hanya boleh dicapai
kerana Kristus telah mengorbankan nyawa-Nya untuk mereka suami isteri.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
*Dipetik
dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper
(Wheaton: Good News Publishers)
No comments:
Post a Comment