“Apabila kamu menuai hasil tanaman, jangan tuai hasil tanaman yang tumbuh di tepi ladang. Jangan kembali ke ladang untuk menuai hasil tanaman yang tertinggal setelah dituai. Jangan kumpulkan buah anggur yang tertinggal selepas kamu memetiknya pada kali pertama; jangan pungut buah anggur yang sudah jatuh. Tinggalkan semua itu untuk orang miskin dan orang asing. Akulah TUHAN, Allah kamu” (Imamat 19:9-10)
Tuhan mempunyai belas kasihan terhadap orang yang mengalami kesusuhan. Jadi, dalam kita berjuang untuk menjadi seperti Yesus Kristus, kita seharusnya juga mempunyai beban dan berbelas kasihan terhadap orang lain. Selama saya membaca Firman di dalam Alkitab (saya suka membaca Firman dalam bahasa ingeris yang mudah difahami seperti New Living Translation dan The Message – cubalah!), Tuhan seringkali menunjukkan bahawa Dia peduli tentang keperluan untuk orang miskin dan terhina.
Semasa saya membaca Firman dalam buku kitab Imamat bab 19, saya terpegun dengan arahan Tuhan kepada pemilik-pemilik ladang (masa Perjanjian Lama) untuk meninggalkan hasil tuaian yang tumbuh di tepi ladang dan buah anggur yang sudah jatuh “untuk orang miskin dan orang asing.” Mereka hanya dibenarkan untuk menuai hasil tanaman dan mengutip buah anggur sekali saja – selepas itu, mereka dilarang untuk melakukannya untuk kali kedua – biarkan selebihnya kepada orang miskin untuk diambil sebagai bekalan keperluan mereka. Wow, hebat dan adil Tuhan itu! Memang Dialah Tuhan, Allah kita!
Soalan: Apakah yang boleh kamu “biarkan” atau “tinggalkan” untuk orang yang memerlukan daripada setiap hasil berkat Tuhan kepada kamu? (Soalan ini dalam bahasa ingeris lebih menarik: “What can you leave for others from your abundance?”) Belas kasihan yang tidak ditunjukkan dalam perbuatan ialah falsafah semata-mata, bukannya belas kasihan yang sebenar. Lihat saja bagaimana caranya kamu menggunakan wang kamu atau buku cek kamu atau PTPTN/biasiswa kamu atau setiap agenda dalam belanjawan kamu – adalah keperluan orang-orang miskin kamu sertakan juga? Atau pernahkah mereka-mereka ini terlintas di dalam fikiran kamu apabila kamu membelanjakan kesemuanya itu?
Kawan, kamu mungkin tidak dapat membantu semua orang (saya faham, lebih-lebih lagi kalau kamu ialah seorang pelajar atau penganggur sekarang), tetapi kamu masih lagi dapat membantu orang yang dekat dengan kamu – orang yang kamu tahu memerlukan belas kasihan kamu. Membantu dengan seadanya; setakat yang termampu. Dalam kitab Yesaya, Tuhan mahukan kita supaya menjadi terang-Nya dalam dunia yang penuh kegelapan: “...jika kamu memberikan makanan kepada orang yang lapar, dan memenuhi keperluan orang yang tertindas, maka kegelapan di sekitar kamu akan menjadi seterang siang” (Yesaya 58:10).
Ingat: dalam Kristus, membantu orang miskin dan orang yang memerlukan bukannya semata-mata disebabkan kewajipan kita sebagai orang Kristian (atau mengingini supaya kebaikan (konon!) kita dapat ditayangkan di televisyen atau dicetak di surat khabar tempatan). Tetapi lebih daripada itu, ia merupakan satu sumber bagi kita untuk beroleh kesenangan hati dan berkat dari Tuhan.
Kawan, jangan lupa, bukankah semua yang kita miliki (termasuk hidup kita) adalah sebenarnya milik Tuhan semua? Berbelas kasihanlah terhadap orang miskin dan yang memerlukan. Inilah pengikut Kristus perlu berbuat – berbelas kasihan terhadap orang lain.
“Menolong orang miskin sama seperti memberikan pinjaman kepada TUHAN.
TUHAN sendiri akan membalasnya” (Amsal 19:17)
TUHAN sendiri akan membalasnya” (Amsal 19:17)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Hai again bro richard? ^^)
ReplyDeleteNice one :)
Saya nak tanya,saya dahulunya seorang yg pemarah dan panas baran. Kini saya sudah temukan terang cahaya ke jalan kebenaran dan dalam proses pemulihan itu. Tapi sepanjang proses ini,saya rasa sangat2x tercabar. Kemarahan dan "panas hati" merupakan kelemahan saya. Kalau org kacau saya sikit,mmg saya terkam org tu. Tak kira gunakan perkataan atau tangan saya sendiri!Kini,sebagai seorang Kristian..kesabaran itu sangat penting. Namun,kenapa ada saja cabaran yg mendatang?
Ada satu ketika,bbrp rakan sekelas saya yg cuba untuk buat "panas" saya...tapi saya diam saja
(dlm hati dh marah)....mereka pun heran,kenapa sya hya berdiam diri. Jadi,ada yg mengambil kesempatan atas kesabaran saya. Saya rasa sangat tercabar dgn kata2x mereka. And what makes me suprise is..they are GUYS!!i'm not sure how to face this kind of guys... :( help.
^^)