Wednesday, October 17, 2012

Kamu Bukan Milik Dunia

Jika kamu milik dunia, dunia akan mengasihi kamu seolah-olah kamu anak-anaknya sendiri. Tetepi Aku sudah memilih kamu supaya tidak menjadi milik dunia, dan kamu sekarang bukan lagi milik dunia. Itulah sebabnya dunia membenci kamu. Ingatlah akan apa yang sudah Aku katakan kepada kamu, ‘Seorang hamba tidak lebih penting daripada tuannya.’ Jika mereka menganiaya Aku, mereka akan menganiaya kamu juga. Jika mereka mentaati ajaran-Ku, mereka akan mentaati ajaran kamu juga.” (Yesus dalam Injil Yohanes 15:19-20)

Oleh sebab mereka yang tidak mengenal Yesus tidak memahami ajaran dan diri-Nya yang sebenar, kamu ada kalanya terpaksa berkorban (mungkin dari segi populariti atau disisihkan oleh mereka) supaya kamu dapat mentaati perintah-Nya. Tuhan tidak mahu kamu bergantung kepada hubungan kamu dengan Dia tatkala masa senang dan apabila ianya tidak menyusahkan kamu sahaja. Dia ber-Firman agar kamu memberi sepenuh kehidupan kamu kepada Dia – dalam susah dan senang. Dan itu kawan seimanku, ada masanya mungkin memerlukan kamu untuk mengorbankan hubungan dengan sesetengah orang yang menghalang kamu daripada terus mempercayai Tuhan yang sebenar.

Kawan, apabila kamu menghadapi situasi seperti ini, ingat: Tuhan telah mengorbankan Anak-Nya untuk dosa kamu (mereka tidak memahami pengorbanan Yesus di kayu salib kerana mereka masih lagi milik dunia). Melalui pengorbanan inilah kita dapat memahami betapa besar kasih dan keagungannya Tuhan itu. Yesus berkata, “Setiap orang yang sudah meninggalkan rumah, atau saudara lelaki, atau saudara perempuan, atau ibubapa, atau anak-anak, atau ladang kerana Aku, akan menerima seratus kali ganda apa yang sudah ditinggalkan, serta menerima hidup sejati dan kekal” (Matius 19:29). Di sini harus saya terangkan bahawa bukannya Yesus menyuruh kamu terus meninggalkan mereka apabila kamu ingin mengikuti Yesus, tetapi ayat ini bermaksud; jika ada sesuatu atau seseorang yang menghalang kamu daripada terus mentaati dan bersama dengan Yesus – tinggalkan mereka. Mengorbankan sesuatu yang tidak abadi untuk memiliki seseorang yang lebih Berharga, Yesus Kristus, pemberi hidup sejati dan kekal.

Kawan, ‘Seorang hamba tidak lebih penting daripada tuannya.’ Jika mereka sudah membenci Yesus, mereka juga akan membenci kamu – Ingat itu! Tuhan tidak menjanjikan kamu akan mendapat hubungan yang baik setiap masa (saya tidak suka apabila ada orang berkata, ‘Jika kamu menerima Yesus, segala hubungan kamu dengan orang lain akan pulih!’ Penipu! Bacalah Al-Kitab, Yesus diseksa oleh musuh-musuhNya) tetapi Yesus mahukan kita supaya terus mengabdikan diri kita kepadaNya. MentaatiNya. MengikutiNya. Kerana kita tahu bahawa Yesuslah satu-satunya jalan yang benar.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]