Wednesday, October 31, 2012

Sumber PenghiburanKu

Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu” (Yesaya 41:10).

Tuhan tidak selalunya akan melakukan sesuatu seperti yang kamu jangkakan. Kamu mungkin menyangka bahawa Tuhan akan menghiburkan kamu dengan menyediakan segala-galanya yang kamu fikirkan atau inginkan, tetapi Al-Kitab mengatakan bahawa Tuhan akan datang menghiburkan umat-Nya dengan kehadiran-Nya sendiri, bukan dengan menyediakan sesuatu barang bagi kamu. Dia berkata kepada umat Israel, “Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu” – Kehadiran-Nya ialah sumber penghiburan.

Begini, barang fana tidak akan kekal; keperluan dan keinginan kamu akan sentiasa berubah-ubah, namun, Tuhan itu tidak pernah berubah – Dia kekal dan sentiasa ada. Tidak dinafikan, memang barang fana dapat juga memberikan penghiburan kepada kamu. Namun, ianya hanyalah untuk sementara waktu. Tuhan Yesus ialah satu-satunya sumber penghiburan yang akan sentiasa ada bagi kita untuk selama-lamanya. Tuhan akan sentiasa menyertai kita dengan kehadiran-Nya. Menyedari hal ini dapat memberikan kita semangat dan keyakinan kepada-Nya tatkala kita berada dalam keadaan susah. Ingat, “Jangan takut kerana [Tuhan] menyertai kamu. Jangan cemas kerana [Tuhan]lah Allah kamu; [Tuhan] akan melindungi dan menyelamatkan kamu”. Yesus ialah sumber penghiburan yang kekal, tiada yang lain.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

1 comment:

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]