Saturday, October 20, 2012

Bagaimana Saya dapat Melihat Tuhan yang Tidak Dapat Dilihat?

Semasa saya membuat Bible Study di sebuah kampus, seorang pelajar bertanya kepada saya tentang Yesus – Adakah Yesus itu Tuhan atau hanya seorang nabi biasa? Saya menjawab secara ringkas bahawa Yesus ialah gambaran Tuhan Allah yang tidak dapat dilihat – Dia ialah Tuhan yang dapat dilihat. Kemudian saya membawa dia untuk melihat Firman tentang Yesus. Dibawah ialah serba-sedikit penerangan (dan sudah disusun sesuatu untuk dibaca) yang saya berikan kepada dia. Kami kemudiannya berdoa sebentar dan terus pergi ke Food Court 101 kerana sudah lapar...

Kristus serupa dengan Allah, tetapi Kristus dapat dilihat, sedangkan Allah tidak.” (Kolose 1:15)
Kristus nya meh gamal Allah Taala ti enda ulih dipeda.” (Al-Kitab bahasa Iban)

Kita boleh mengenal, mengetahui kewujudan Tuhan yang tidak kelihatan kerana banyak bukti-bukti tentang diriNya ada disekeliling kita. Lihatlah rumput-rumput hijau, pokok-pokok, sungai, bintang, matahari, bulan, bakteria, binatang dan buring-buring, dan sebagainya. Semuanya, lebih-lebih lagi kamu sendiri – manusia, dicipta oleh Tuhan. Ini bukan sahaja dapat membuktikan bahawa betapa besar dan agungnya Tuhan itu, malah semua benda yang diciptaNya mengambarkan serba sedikit tentang sifat-sifat diriNya sendiri. Namun begitu, Tuhan tahu bahawa manusia itu mudah terpedaya dan seringkali menyalah-ertikan (misinterpret) semua bukti-bukti ini. Seperti kebanyakkan orang, mereka jatuh ke dalam penyembahan berhala. Inilah sebabnya Tuhan Allah Bapa telah menghantar Anak-Nya, Yesus Kristus, ke dunia – untuk menunjukkan kita siapa diriNya sebenar.

Tuhan tidak boleh dilihat, tetepi Kristus ‘dapat dilihat’ dan Yesus ‘serupa dengan Allah’. Yesus pernah berkata, “Jika kamu mengenal Aku, kamu pasti mengenal Bapa-Ku juga” (Yohanes 8:19). Dia juga pernah berkata kepada pengikut-pengikutNya, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku. Kerana kamu mengenal Aku, kamu akan mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu sudah mengenal Dia dan sudah melihat Dia” (Yohanes 14:6-7).  Sekali lagi, Filipus, salah seorang daripada pengikutNya, bertanya kepada Yesus untuk menunjukkan Bapa kepada dia. Yesus menjawab, “Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa” (Yohanes 14:9). Al-Kitab juga mengatakan bahawa Yesus ialah “gambaran Allah” (2 Korintus 4:4) dan “Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri” (Ibrani 1:3).

Tuhan itu kasih, dan Yesus ialah seperti gambaran Tuhan sendiri dalam semua aspek. Dengan hidup di dunia penuh kasih Tuhan, Dia menampakkan kemuliaan Tuhan hari demi hari, Yesus telah memperlihatkan Tuhan setiap masa. Melalui cara hidupNya, kita tahu bahawa Tuhan Allah itu peduli tentang kita – yang Dia sangat mengambil berat tentang pergumulan, percubaan dan penderitaan kita. Dengan kuasa penyembuhanNya, Yesus telah menunjukkan bahawa Dia juga peduli tentang penderitaan kita. Dengan pengorbananNya mati di kayu salib untuk dosa kita, dan bangkit semula selepas 3 hari, dan sekarang hidup selama-lamanya, Yesus telah membuktikan bahawa Allah itu sungguh-sungguh mengingini supaya kita dapat datang ke hadirat-Nya (Dia mati bukan sahaja untuk dosa kita, tetapi terutama sekali untuk kemuliaan Dirinya sendiri dan untuk menyenangkan murka Allah disebabkan dosa kita).

Dengan mengenal Yesus, barulah kita dapat mengenal Tuhan dengan sepenuhnya – sebab Yesus itu Tuhan. Seluruh hidup dan sifat-sifat Yesus telah menunjukkan Siapa diriNya yang sebenar. Sudahkah kamu mengenal siapa Yesus itu? Adakah kamu betul-betul mengenal Yesus? Mahulah kamu datang kepada Dia?

Kristus serupa dengan Allah,
tetapi Kristus dapat dilihat,
sedangkan Allah tidak
(Kolose 1:15)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]