Saturday, October 13, 2012

Tuhan, Kenapa Engkau Membawa Aku ke Sini?

[This is my first attempt to write article in Bahasa Malaysia. Need your support, respond and guidance. Thanks!]

Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, ‘Bersiap-siaplah dan pergilah ke arah selatan, ke jalan yang menghubungkan Yerusalem dengan Gaza.’ Lalu Filipus pun berangkat. Seorang sida-sida dari Etiopia sedang dalam perjalanan pulang ke negerinya. Dia seorang pengawai yang tinggi bertanggungjawab atas kekayaan Kandake, ratu negeri Etiopia. Pengawai itu pergi ke Yerusalem untuk menyembah Allah dan sekarang dia dalam perjalanan pulang... lalu dia mengajak Filipus menaiki kereta kudanya dan duduk dengan dia.” (Kisah Rasul-Rasul 8:26-28, 31)

Pernah suatu ketika apabila saya masih bekerja sebagai Pembantu Pengurus Pawagam di Golden Screen Cinemas, Time Square Mall, Kuala Lumpur bertanya kepada diri sendiri, “Tuhan, kenapa Engkau membawa aku ke sini? Apakah tujuanMu sehingga aku diterima bekerja di sini?” Persoalan-persoalan itu sering kali bermain di minda saya. Tidak lama selepas itu, mungkin hampir setahun, barulah saya mengerti: yang Tuhan mempunyai rencanaNya tersendiri dalam hidup saya.

Tempat saya bekerja ialah tempat di mana saya bertumbuh lebih matang dalam iman. Walaupun di dalam kesukaran dan banyak cabaran, Tuhan tetap bersama dengan saya. Di situ, banyak sekali peluang untuk saya bersaksi Berita Baik tentang Yesus. Banyak yang bertanya tentang iman saya, ‘Kenapa kamu berbeza?’; ‘Apa isi kandungan Al-Kitab kamu?’; ‘Siapa itu Yesus?’; ‘Apa bezanya pengharapan iman kamu daripada yang lain?’ dan sebagainya. [Saya tidak sentiasa memberi kesaksian yang baik. Saya juga pernah jatuh dalam iman, namun Yesus tetap masih menyayangi saya]. Hari demi hari, Tuhan membawa lebih ramai orang tidak kira orang tua, orang kurang upaya, dewasa, remaja, dan lebih-lebih lagi penuntut universiti hadir dalam kehidupan saya. Seolah-olah Tuhan mahu saya bersaksi tentang Kemuliaan-Nya dalam percakapan, tindakkan dan kehidupan saya.
..................
Mungkin itu yang berlaku kepada Filipus dalam Kisah Rasul-Rasul di atas. Tuhan mempunyai tujuan bagi Filipus di jalan gurun “yang menghubungkan Yerusalem dengan Gaza”. Filipus mungkin seperti saya bertanya ‘“Tuhan, kenapa Engkau membawa aku ke sini?(atau sebenarnya saya seperti Filipus). Tetapi disebabkan dia taat kepada perintah Tuhan, walaupun diketika itu dia masih lagi dalam kekeliruan, seorang pengawai tinggi dari kerajaan negeri lain telah “mengajak Filipus menaiki kereta kudanya dan duduk dengan dia.” Di situ, pada ketika itu, pengawai itu telah menerima Tuhan dan kembali ke tempat asalnya membawa Berita Baik tentang Yesus. Inilah rencana Tuhan. Filipus mungkin tidak menyangkakannya, tetapi Dia sudah membimbing setiap langkah Filipus sesuai dengan tujuan-Nya.
............
Jadi, apabila kamu berada dalam kekeliruan dan bertanya, “Tuhan, kenapa Engkau membawa aku ke sini?” – samada dalam pekerjaan kamu atau tempat kamu belajar atau dimana saja kamu berada – bukakanlah hati rohani kamu untuk melihat rencana-Nya dalam kehidupan kamu. Berdoa agar apabila Roh Tuhan membimbing kamu untuk bersaksi tentang Berita Baik, kamu terus pergi dan mentaati perintah-Nya.

Kawan, kamu mungkin sekarang berada di tempat yang Tuhan inginkan!

Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik,
gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat” (Efesus 5:16)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

4 comments:

  1. i feel so blessed with this entry.well, i guess that this is His work.How great Thou art :)))) GBU!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Richard. tulisan ini memberi inspirasi baru bagi saya. Tuhan memberkati kamu dan semoga blog ini dapat terus2 mendorang orang dalm iman :)

    ReplyDelete
  3. Thank so much for the article Richard. GBU.BTW, either English or Malay, ur writing is a food to the heart.keep ur good work :))

    ReplyDelete
  4. Thanks White Army, Anonymous and Dyana. Very kind of you :)

    ReplyDelete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]