Showing posts with label 20 Pesan Kepada Pelajar Saya. Show all posts
Showing posts with label 20 Pesan Kepada Pelajar Saya. Show all posts

Tuesday, October 24, 2017

Timothy, This is How Christ Saves the Chief of Sinners - Paul's 3 Great Sins and 3 Praises (1 Timothy 1:12-14)

Read Paul's conversion in Acts 9

I thank him who has given me strength, Christ Jesus our Lord, because he judged me faithful, appointing me to his service, though formerly I was a blasphemer, persecutor, and insolent opponent. But I received mercy because I had acted ignorantly in unbelief, and the grace of our Lord overflowed for me with the faith and love that are in Christ Jesus
(1 Timothy 2:12-14, ESV)

The apostle Paul himself was living proof of the saving power of “the gospel of the glory of the blessed God” (v.11) which he preached. I imagine he burst into praise for what God had done in his life and made it all possible for him to preach the gospel “which [he] have been entrusted” (v.11). Here in verse 12, Paul gives thanks to Christ for 3 things that made him what he was:

First, he gives credit to Christ who give him “strength.” I recalls what Paul writes in Philippians 4:13: “I can do all things through him who strengthens me.” I often heard people whining, complaining and making excuses that they don’t have this and that, and so they never did anything great for God. This is sin! If we are God’s people, He has given you everything you need according to what God’s call you to be and do. Christ will enable you, He will give you strength. Second, Paul thanked Christ for counting him faithful. The Lord “judged me faithful.” Paul was faithful, intense and zealous Pharisee who persecuted Christians. But when Christ called him, he became faithful, intense and zealous apostle of Christ. Faithfulness – this is the one virtue that is essential in God’s work. Last of all, Paul praises Christ for the privilege of being in the ministry. Christ “appointing me to his service” or ministry. He was convinced he was in the place where God had put him. Dear preachers, missionaries, pastors, teachers and all ministers, are you convince that you are where you’re appointed to be? If yes, draw your strength from Him, be faithful to the end and praise Him for calling you in the ministry.

As I read verse 13, I thought that every Christian has things of the past that he wishes had never happened, Paul included. He must have felt that his conduct was the worst of all. Just as there were 3 things for which he thanked Christ, he now mentions 3 great sins he did in the past. First, Paul says he was a “blasphemer.” Before he became Christian, Paul (in his conscious, Acts 23:1) never blasphemed against the God of Israel, he was only against the Lord Jesus Christ. But after his conversion, he understood that his blasphemed against Jesus Christ is the same as blasphemed against God. He also says he was a “persecutor (read Acts 8-9). He was there when Stephen, the first martyr was stoned and he was the one who ‘hunted’ Christians all over Israel and beyond. If you want to see how zealous Paul was in persecuting early Christians, I recommend you to watch TV series A.D. The Bible Continues, very well acted! Lastly, the worst of all, Paul was a man of evil-harsh-violent. The word is “insolent” or “injurious” which I’m not familiar with. He was evil both in his heart and in how he treated Christians. I bet Paul was not proud of these things but he did not minimize the magnitude of his sin.

But with all of these horrible sins, Paul “received mercy because [he] had acted ignorantly in unbelief” (v.13). “Acted ignorantly” because all of it were done not intentionally against God (when I studied Book of Leviticus, there is no provision made for wilful sin against God, but for sin through ignorance, there is! See Leviticus 15:27-31). Paul, an ardent student of the Scripture, should have recognized Jesus as the Messiah but he didn’t. He was an ignorant. He said of himself “the chief of sinners” (see 1 Timothy 1:16 and Galatians 1). “But I received mercy,” he said. Not just mercy, but also “the grace of our Lord” (v.14). Not just grace but grace “overflow” or “exceeding abundant.” I like to use the word “super-abounding” – grace abounding on top of grace! That like putting superlative on top of superlative! It is said that grace is when God gives us what we don't deserve and mercy is when God doesn't give us what we do deserve. Paul experiences mercy and grace. Eugene Peterson paraphrases verse 14 wonderfully: “Grace mixed with faith and love poured over me and into me. And all because of Jesus.” Hoahhh! Wow!

Are you a sinner? Worst sinner?
There is hope, come and see, Jesus is the Saviour!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, April 16, 2016

20 Pesan kepada Pelajar Saya: #5 Ketawa akan Menceriakan Harimu


Cuba kamu bertanya kepada diri sendiri: Sudah berapa lamakah kamu tidak ketawa sehingga menitiskan air mata? Atau sehingga senak perut? Ataupun sehingga sesak nafas?

Ketawa adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Ketawa dapat menghasilkan hormon-hormon yang boleh melegakan kesakitan dan memperkukuhkan sistem daya tahan badan kita. Ketawa juga dapat merehatkan otot-otot dan memperbaiki sistem tubuh badan. Ia dapat membuat kita menjadi lebih bertenaga, kreatif dan gembira.

Pernahkah kamu ketawakan diri sendiri? Katakan kamu telah melakukan sesuatu yang sangat melucukan, rakan-rakan disekeliling kamu semuanya mentertawakan kamu J Adakah kamu akan berasa marah, geram, benci dan sakit hari kepada mereka ataupun kamu juga turut ketawa bersama mereka? Sukar bagi seseorang (khususnya mereka yang selalu tegang) untuk mentertawakan dirinya sendiri. Namun begitu, mengikut kajian, mereka yang mempunyai tabiat selalu mentertawakan diri sendiri ketika melakukan kesilapan dikatakan lebih bahagia dan cepat belajar daripada kesilapan. Mereka rata-rata ialah orang yang berfikiran positif.

Sebuah keluarga, contohnya, yang serius boleh menimbulkan suasana yang tegang. Ibubapa yang boleh bergurau senda dengan anak-anak mereka boleh membangkitkan lagi perasaan kasih sayang di dalam keluarga. Seorang suami dan isteri yang sering berjenaka dan bergurau senda akan menambahkan lagi kebahagian dan keharmonian rumahtangga. Begitu juga dengan pelajar yang seringkali ketawa bersama dengan rakan-rakannya akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka (Tetapi ingat: Bergurau senda juga ada batasannya). Bak nyanyian Dato’ M. Daud Kilau, “Senyumlah senyumlah ahai cik mek molek” atau ketawalah!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, April 10, 2016

20 Pesan Kepada Pelajar Saya: #4 Pelbagaikan Aktiviti Seharian


Tanpa kita sedari, kita menjadi mangsa tabiat. Setiap hari kita secara tidak langsung mengikut satu norma atau corak yang tertentu. Sukar untuk kita mengubah norma tersebut kerana takut akan implikasi-implikasi yang mungkin akan terjadi. Ketidakpastian itulah yang kita tidak suka.

Walau bagaimanapun, kita harus mencuba sesuatu yang baru. Kita ubah sedikit corak hidup seharian kita (jangan pula diubah secara mendadak). Ubah sedikit demi sedikit. Jika kita mengikut satu corak hidup setiap hari untuk jangka masa yang panjang dan bertahun-tahun lamanya, ia akan mengakibatkan ketegangan dan kebosanan dalam hidup kita. Kajian ada menunjukkan bahawa seseorang pekerja yang melakukan sesuatu tugas berulang kali setiap hari selama beberapa tahun akan mengalami ketegangan dan kebosanan dalam menjalankan tugas mereka berbanding dengan mereka yang telah melakukan pelbagai tugas dalam jangka masa yang sama.

Bagaimana untuk mengubah norma atau corak hidup kita? Dengan melakukan kepelbagaian aktiviti. Cuba ubah sedikit corak hidup kita setiap hari. Contohnya; Kalau setiap petang kamu berjogging di Taman Sahabat, apa kata sekali sekala kamu berjogging di Taman Rimba? Kalau setiap hari kamu berjalan ke kelas mengikut laluan A, apa kata esok kamu melalui laluan B pula? dan sebagainya. Perubahan yang sedikit demi sedikit secara berterusan akan menambahkan kreativiti dan sukacita kita. Hidup akan menjadi lebih bermakna.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Saturday, April 9, 2016

20 Pesan Kepada Pelajar Saya: #3 Ambil Masa untuk Berehat


Kesibukan sentiasa berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya pelajar. Setiap hari kita sering mendengar seseorang (atau kita sendiri) merungut kerana tidak cukup masa disebabkan terlalu sibuk. Tidak kira sama ada kita tinggal di bandar ataupun di kampung, kesibukan sering dirasai.

Di dalam kehidupan dunia yang bergerak serba pantas ini, kita pasti tidak mahu ketinggalan. Ramai di kalangan kita yang mengikut rentak kelajuan dunia. Kita sering mengisi masa kita yang terhad dengan aktiviti yang padat. Lebih padat jadual harian kita, maka kita beranggapan bahawa kita mendapat lebih banyak daripada hidup ini. Kesibukan yang berterusan akan menyebabkan jasmani, jiwa dan perasaan kita tertekan.

Ramai diantara kita tidak memberi ruang bagi diri kita sendiri. Kita tidak mengambil masa untuk berehat, malah berusaha menggunakan setiap detik dan tenaga yang ada untuk melakukan sesuatu. Seorang pelajar misalnya, yang terus-menerus belajar dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan sambung belajar sehingga larut malam akan menghadap pelbagai masalah. Seorang pelajar yang bijak akan meluangkan masa untuk bersukan, bersosial, beristirehat dan beribadat. Pelajar yang bijak membahagikan masa akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Kesibukan boleh mengakibatkan ketegangan, timbul pelbagai penyakit dan jiwa yang mudah cemas. Inilah antara tanda-tanda yang kita mesti ambil perhatian dan berwaspada. Oleh itu, kita harus berhenti sejenak dan menganilisi diri sendiri – perlahankan diri dan relaks. Mungkin pada peringkat awal ianya agak sukar dilakukan (apatah lagi apabila kita melihat disekeliling kita semuanya sedang bergerak pantas). Kita juga mungkin akan berasa bersalah kerana tidak mengikut peredaran zaman yang semuanya mengingini supaya kita cepat-cepat. Tetapi – perlahankan diri dan relaks – adalah cara yang baik untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti kita dalam kehidupan seharian.

Cuba kamu luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk duduk dan berehat serta melapangkan fikiran dengan tidak melakukan apa-apa. Ataupun kamu luangkan masa setengah jam setiap hari untuk menikmati keindahan alam semula jadi di taman bunga atau mendongak ke langit pada waktu malam. Ataupun kamu cuba duduk di dalam bilik yang gelap dan mendengar musik sentimental. Lakukan apa sahaja yang boleh membuat kamu berehat daripada kesibukan supaya kamu akan berasa lebih segar, minda menjadi lebih sihat dan mampu untuk melaksanakan tugas seterusnya dengan lebih baik, efektif, berjaya dan cemerlang!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Friday, April 8, 2016

20 Pesan Kepada Pelajar Saya: #2 Jangan Mensia-siakan Masa Menunggu


Pernahkah kamu teringinkan sesuatu? Kamu mahukan sesuatu tetapi kamu tidak boleh mendapatkannya dengan serta-merta. Kamu perlu menunggu dan menunggu. Kadangkala kita merasa kecewa kerana apa yang kita impikan sukar untuk diperolehi. Menunggu dan menanti untuk mencapai sesuatu yang diidamkan adalah suatu hal yang sukar dilakukan. Ia membuatkan jiwa kita tertekan.

Di dalam dunia yang serba moden ini, hampir segala-galanya boleh diperolehi dengan serta-merta. Kita ada makanan segera, kopi segera, kredit segera, komunikasi segera, dan sebagainya. Oleh itu, menunggu kita anggap sebagai melambatkan pergerakan kita. Ianya seperti membuang masa. Kadangkala kita rasa marah, kecewa dan fikiran menjadi tegang bila sesuatu itu tidak mengikut apa yang kita inginkan. Jika seseorang itu terlambat misalnya, dan kita sedang duduk menunggu, kita rasa seolah-oleh membuang masa sahaja. Kita menjadi marah, resah dan gelisah.

Kita perlu sedar bahawa kerisauan tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah. Di sekeliling kita ada banyak perkara yang boleh kita nikmati. Bila kita membebaskan diri kita daripada prasangka mengenai bila dan bagaimana perkara itu terjadi, kita boleh menjalani hidup ini dengan lebih tenang dan bahagia. Bagi saya, semasa saya menunggu saya lebih suka membaca. Membaca di dalam bas, semasa menantikan makanan sampai dan di dalam kapal terbang. Kadangkala apabila kita membaca sambil menunggu, kita tidak akan berasa bahawa penantian kita itu sia-sia. Masa tidak terbuang, malahan, kita mendapat faedah daripada menunggu. Ingat, masa itu emas, dan janganlah mensia-siakan masa itu.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, April 6, 2016

20 Pesan Kepada Pelajar Saya: #1 Belajar Menerima Perubahan


Meninggalkan rumah atau tempat tinggal buat pertama kalinya dalam kehidupan seseorang boleh menimbulkan ketegangan dalam diri seseorang. Saya teringat pertama kali saya meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM Samarahan. Saya berasa tidak selesa dan sangat merindui kampung halaman. Pada hari pertama saya menghadiri kelas, saya agak terkejut kerana semuanya muka baru yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Saya merasakan bahawa saya seorang asing di sana. Saya mengharapkan sesuatu yang boleh meyakinkan diri saya untuk meneruskan kehidupan saya sebagai seorang pelajar di kampus.

Saya sangat diberkati kerana muka yang asing pada hari pertama kuliah lambat laun telah menjadi kenalan, sahabat dan rakan setia dalam suka dan duka. Begitulah saya menghabiskan waktu 3 tahun pengajian saya di UiTM. Selain itu, rakan sama melayani di Persekutuan Pelajar Kristian (PPK) di kampus juga menjadi lebih daripada rakan rapat, malah, sebagai saudara dan saudari seiman sehingga sekarang.

Sama ada kita suka atau tidak, hidup kita akan tetap melalui perubahan. Ada perubahan yang merupakan pilihan kita sendiri; ada juga perubahan yang datang secara mendadak. Bila kita mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran, menukar kerja, atau membeli kereta baru, kita telah membuat keputusan untuk membawa sesuatu yang baru ke dalam hidup kita. Oleh itu, adalah menjadi kebiasaan jika kita mempunyai perasaan seronok dengan yang baru dan perasaan yang kurang senang meninggalkan keselesaan dan kebiasaan dulu. Ada juga perubahan yang sukar diterima seperti kehilangan seseorang yang sangat dikasihi, kegagalan dalam pelajaran, atau menderita akibat penyakit yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

Kita tidak boleh lari dari perubahan. Oleh itu, kita perlu belajar berhadapan dengan perubahan. Kita perlu mengenalpasti kekuatan diri untuk mengatasi ketegangan dan tekanan akibat perubahan itu dan kita juga perlu mengenalpasti orang yang boleh membantu kita memberi sokongan, dorongan, nasihat dan juga galakan. Selepas itu kita perlukan satu rancangan tindakan. Contohnya, bagaimana cara kita boleh menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan tersebut? Kita harus mengubah diri untuk mengimbangi perubahan yang telah atau akan berlaku di sekeliling kita.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]