Sunday, April 10, 2016

20 Pesan Kepada Pelajar Saya: #4 Pelbagaikan Aktiviti Seharian


Tanpa kita sedari, kita menjadi mangsa tabiat. Setiap hari kita secara tidak langsung mengikut satu norma atau corak yang tertentu. Sukar untuk kita mengubah norma tersebut kerana takut akan implikasi-implikasi yang mungkin akan terjadi. Ketidakpastian itulah yang kita tidak suka.

Walau bagaimanapun, kita harus mencuba sesuatu yang baru. Kita ubah sedikit corak hidup seharian kita (jangan pula diubah secara mendadak). Ubah sedikit demi sedikit. Jika kita mengikut satu corak hidup setiap hari untuk jangka masa yang panjang dan bertahun-tahun lamanya, ia akan mengakibatkan ketegangan dan kebosanan dalam hidup kita. Kajian ada menunjukkan bahawa seseorang pekerja yang melakukan sesuatu tugas berulang kali setiap hari selama beberapa tahun akan mengalami ketegangan dan kebosanan dalam menjalankan tugas mereka berbanding dengan mereka yang telah melakukan pelbagai tugas dalam jangka masa yang sama.

Bagaimana untuk mengubah norma atau corak hidup kita? Dengan melakukan kepelbagaian aktiviti. Cuba ubah sedikit corak hidup kita setiap hari. Contohnya; Kalau setiap petang kamu berjogging di Taman Sahabat, apa kata sekali sekala kamu berjogging di Taman Rimba? Kalau setiap hari kamu berjalan ke kelas mengikut laluan A, apa kata esok kamu melalui laluan B pula? dan sebagainya. Perubahan yang sedikit demi sedikit secara berterusan akan menambahkan kreativiti dan sukacita kita. Hidup akan menjadi lebih bermakna.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]