Pernahkah kamu teringinkan sesuatu? Kamu mahukan sesuatu tetapi kamu tidak boleh
mendapatkannya dengan serta-merta. Kamu perlu menunggu dan menunggu. Kadangkala
kita merasa kecewa kerana apa yang kita impikan sukar untuk diperolehi. Menunggu
dan menanti untuk mencapai sesuatu yang diidamkan adalah suatu hal yang sukar
dilakukan. Ia membuatkan jiwa kita tertekan.
Di dalam dunia yang serba
moden ini, hampir segala-galanya boleh diperolehi dengan serta-merta. Kita ada
makanan segera, kopi segera, kredit segera, komunikasi segera, dan sebagainya.
Oleh itu, menunggu kita anggap sebagai melambatkan pergerakan kita. Ianya seperti
membuang masa. Kadangkala kita rasa marah, kecewa dan fikiran menjadi tegang
bila sesuatu itu tidak mengikut apa yang kita inginkan. Jika seseorang itu
terlambat misalnya, dan kita sedang duduk menunggu, kita rasa seolah-oleh
membuang masa sahaja. Kita menjadi marah, resah dan gelisah.
Kita perlu sedar bahawa kerisauan tidak dapat
menyelesaikan apa-apa masalah. Di sekeliling kita ada banyak perkara yang boleh
kita nikmati. Bila kita membebaskan diri kita daripada prasangka mengenai bila
dan bagaimana perkara itu terjadi, kita boleh menjalani hidup ini dengan lebih
tenang dan bahagia. Bagi saya, semasa
saya menunggu saya lebih suka membaca. Membaca di dalam bas, semasa menantikan makanan
sampai dan di dalam kapal terbang. Kadangkala apabila kita membaca sambil
menunggu, kita tidak akan berasa bahawa penantian kita itu sia-sia. Masa tidak
terbuang, malahan, kita mendapat faedah daripada menunggu. Ingat, masa itu
emas, dan janganlah mensia-siakan masa itu.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment