Rasul Yahya benar-benar pernah mendengar, melihat, menyentuh Isa. Oleh itu, dia menulis dan bersaksi. |
“Apa yang telah wujud
sejak dari mulanya, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat,
dan yang telah kami
beritakan tentang Firman yang memberi hidup”
(1 Yahya 1:1,
KSZI, Kitab Suci Zabur dan Injil)
Lebih kurang dua ribu
tahun dahulu, Yang Kekal telah menjadi manusia dan dilahirkan oleh seorang dara
(Lukas 1:35). Misteri yang tidak mungkin kita dapat ungkapkan dengan kata-kata.
Tuhan datang sebagai manusia; Tuhan sepenuhnya, dan manusia sepenuhnya. Dia
Tuhan seperti Dia bukan manusia; Dia mempunyai darah daging seperti Dia ialah
bukan Tuhan. Akal fikiran kita tidak dapat memikirkannya, “Firman itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita. Kita melihat
kemuliaan-Nya sebagai Putera tunggal yang datang daripada Allah Bapa, penuh
dengan kasih kurnia dan kebenaran” (Yahya 1:14).
Surat Yahya yang pertama
(1 Yahya) ditulis untuk menyangkal pemahaman ajaran sesat pada masa itu yang
mengatakan bahawa Isa al-Masih, Putera Allah, tidak mungkin telah menjadi
manusia. Oleh itu rasul Yahya menulis: “yang telah kami
dengar, yang telah kami lihat, dan yang telah kami beritakan” – Isa
benar-benar ialah manusia! Dengan telinga mereka, rasul Yahya dan
pengikut-pengikut yang lain telah mendengar Isa berfirman. Dengan mata mereka,
Yahya dan yang lain telah melihat kehidupan Isa yang sempurna, kematian Isa di
kayu salib, dan kebangkitan Isa dari kematian. Dengan minda dan fikiran mereka,
mereka telah mendalami keperibadian Isa, mengkaji kehidupannya dan memikirkan
dakwaan-dakwaan Isa. Dengan tangan mereka sendiri, mereka telah menyentuh dia.
Bukan sebagai roh atau ilusi seperti yang digambarkan oleh guru-guru agama
sesat, tetapi sebagai manusia yang sejati. Tetapi bukan sekadar manusia biasa,
Isa ialah Putera Allah, Tuhan-manusia.
Ini bukan kepercayaan yang
diberitakan dari pihak ke-dua, tetapi kepercayaan yang datang melalui
pengalaman peribadi. Yahya dan mereka yang lain benar-benar pernah tinggal
bersama Isa lebih kurang tiga tahun lamanya. Ianya bukan kerana mereka mengenal
Isa secara fisikal yang mengubah kehidupan mereka, tetapi hubungan rohani
dengan Isa yang telah mengubah kehidupan mereka. Mereka bukan hanya kenal Isa,
mereka mengenali Isa! Mereka menyerahkan hidup mereka kepada Isa
al-Masih dengan iman sebagai Junjungan Yang Esa dan Penyelamat. Isa
benar-benar adalah Hidup mereka.
Rasul Yahya mengenal Isa
secara peribadi kerana dia telah “dilahirkan semula”
(Yahya 3:3) secara rohani. Inilah pengalaman sukacita yang Yahya ingin kita rasai
dan alami sendiri di dalam Isa al-Masih. Dengan percaya dan beriman kepada Isa,
kita juga boleh mengenal dia dan beroleh hidup kekal! Amen.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment