Dari Kata Pengantar Alkitab, Kitab
Yunus:
“Kitab Yunus berbeza daripada kitab-kitab
nabi yang lain di dalam Alkitab kerana kitab ini menceritakan pengalaman Nabi
Yunus ketika dia cuba membantah perintah Allah. Allah menyuruh dia pergi ke
Kota Niniwe, ibu kota Kerajaan Asyur, musuh Israel. Tetapi Yunus tidak mahu
pergi ke kota itu untuk menyampaikan perkhabaran Allah kerana Yunus yakin
bahawa jika orang Niniwe berhenti
berbuat dosa, Allah tidak akan melaksanakan rancangan-Nya untuk menghancurkan
kota itu. Akhirnya, selepas beberapa peristiwa yang mengesankan, Yunus
mentaati perintah Allah. Tetapi kemudian Yunus bersungut kerana Niniwe tidak
dihancurkan.
Kitab Yunus menggambarkan kemutlakan kuasa Allah
terhadap ciptaan-Nya. Tetapi terlebih pula, kitab ini menggambarkan Allah sebagai Allah yang penyayang dan
belas kasihan; Allah yang lebih suka mengampuni dan menyelamatkan suatu bangsa
daripada menghukum dan menghancurkannya, walaupun bangsa itu musuh umat-Nya
sendiri.”
Siapa tahu
kalau kamu ingin mendalami Buku Yunus
dengan lebih lanjut lagi. Siapa tahu kalau kamu ingin mengkaji Buku Yunus bersama dalam Persekutuan Kristian (CF) kamu di
kampus. Di bawah ini ialah ringkasan tentang cerita yang indah dan penuh dramatik
ini: 10 Bahagian penting dalam
Kitab Yunus (Kamu boleh guna dan simpan gambar-gambar ini).
THINK
BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment