“Tetapi aku akan menantikan TUHAN; aku akan berharap kepada Allah yang menyelamatkan aku. Allahku akan mendengar doaku” (Mikha 7:7)
Tuhan selalu mahukan yang terbaik bagi kamu. Tetapi ada masanya apabila kamu meminta tolong kepada-Nya, pertolongan itu datang kemudian. Lewat. Bagi kamu, ini “lewat”; bagi Tuhan, ini adalah lebih baik bagi kamu. Dia tidak pernah lewat pada masa-Nya, Dia mahukan yang terbaik bagi kamu.
Selalunya kamu mahukan kemenangan dan kejayaan dengan cepat – kamu tidak suka menunggu. Allah mahu kamu menunggu. Allah selalunya mahu kamu mengalami penantian yang menuju ke penyelamatan secara berperingkat atau dengan perlahan-lahan tanpa terburu-buru kerana Dia mahu kamu bukan sahaja berjaya melaluinya, tetapi Dia mahu membentuk keperibadian rohani kamu dalam penantian itu. Apabila kamu berjaya melaluinya kelak, barulah kamu sedar bahawa Tuhanlah yang telah melindung kamu dan Dialah yang selalunya mencukupkan kamu.
Ingat: masa menantikan Tuhan bertindak tidak harus dilalui dengan kerisauan. Setiap masa menunggu boleh dijadikan masa kamu untuk bersama dengan Tuhan Allah. Ambil masa ini untuk membaca Firman-Nya supaya iman kamu dikuatkan lagi. Ambil masa ini untuk berdoa supaya hati dan fokus kamu sentiasa kepada Tuhan. Ambil masa ini untuk terus melakukan pekerjaan-Nya supaya dalam penantian itu; kamu tetap setia melakukan kehendak-Nya. Mazmur 37:7 mengatakan, “Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak.”
Tuhan Yesus Kristus menyertai kamu. Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
terima kasih atas perkongsian ini.. amat memberkati saya.. :) Tuhan memberkati brother
ReplyDelete