Thursday, January 10, 2013

Yesus dan orang Miskin

Yesus mengasihinya. Dia pun menghulurkan tangan-Nya” (Markus 1:41)

Salah satu ciri yang sangat membezakan Yesus dengan guru-guru agama yang lain ialah Dia seringkali menjemput dan melayan golongan masyarakat yang terpinggir dan terbiar kerana masalah fisikal mereka atau disebabkan adat larangan yang dipraktikkan oleh masyarakat orang Israel pada masa itu – seperti Dia mendekati pelacur, bercakap dengan wanita, makan bersama dengan pemungut cukai, menyentuh orang yang sakit kulit, bersama dengan orang Roma dan Samaria.
 Antara semuanya, mungkin boleh disimpulkan bahawa Yesus seringkali datang kepada orang yang miskin. Golongan masyarakat yang tidak dipedulikan oleh orang lain.

Jika kita membaca kesemua kitab Injil secara keseluruhan, kita akan mendapati bahawa Yesus selalu dikaitkan dengan orang miskin. Ini dapat kita lihat dengan jelas apabila Dia membaca Firman Allah nubuat oleh Nabi Yesaya dalam Perjanjian Lama tentang diri-Nya sendiri. Lukas (4:18) menulis, “Roh Tuhan ada pada-Ku, Dia telah melantik Aku supaya mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin” (baca juga ayat 19). Firman ini ialah salah satu tema utama yang menjadi latarbelakang bagi setiap ajaran dan pekerjaan-Nya.

Yesus bukan sahaja prihatin terhadap orang miskin, malah Dia seperti orang miskin yang lain tidak mempunyai tempat tinggal sendiri yang tetap. “Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat” (Matius 8:20). Ini sangat berbeza dengan “Yesus” yang dikhabarkan oleh guru-guru palsu pada masa ini. Merujuk kepada Yesus secara fisikal, mereka mengatakan bahawa ‘Yesus mahu kamu hidup dengan mewah’ padahal Yesus tidak pernah berkata begitu tetapi sebaliknya. Mereka mengatakan bahawa ‘Yesus ialah seorang yang kaya  padahal Dia seringkali makan di tempat orang lain dan pengikut-pengikut-Nya-lah yang menyediakan keperluan dari segi kewangan untuk menyebarkan Berita Baik. Mereka mengatakan bahawa ‘Yesus ialah seorang yang berprestij dan mempunyai pakaian yang cantik’ padahal Dia seringkali disangkal, dihina, dimaki dan rupanya “tidak elok ataupun tampan, sehingga kita tidak tertarik kepadanya” (Yesaya 53:2).

Mungkin disebabkan oleh ajaran-ajaran seperti ini dan sikap sesetengah orang Kristian yang suka memetik dan memilih ayat-ayat dalam Firman Tuhan mengikut kesukaan sendiri dengan mengelak ajaran Yesus yang lain seperti tentang kesengsaraan, penghinaan dan penganiayaan – dan hanya fokus dengan “berkat, berkat, berkat” dan “keselesaan hidup” sahaja. Tidak hairanlah kita tidak mempedulikan orang miskin disekeliling kita. Tidak hairanlah kebanyakkan aktiviti keagamaan kita terhad kepada nyanyi nyanyian, kelas vocal dan bermain alat musik, konsert, kem, persidangan dan seminar – dan langsung tidak melihat kepada dunia luar yang memerlukan kasih Yesus. Kita tidak mempedulikan orang lain, khususnya, orang miskin di sekeliling kita.
Bukankah kita harus mencontohi Yesus Kristus dalam segala hal?

Jadilah seperti Zakheus. Apabila Yesus datang ke rumahnya dan mengkhabarkan Berita Baik kepadanya, dia menerima Yesus dengan penuh sukacita sekali. Dia yang sebelumnya ialah ketua pemungut cukai, yang mencintai wang lebih daripada segalanya kini tidak lagi bersandar kepada barang fana. Dia telah menjumpai Mutiara yang berharga; dia telah menjumpai Yesus [atau lebih tepat lagi, Yesus telah menjumpai dia] “Zakheus berdiri dan berkata kepada Yesus, ‘Guru, saya akan mendermakan separuh daripada harta saya kepada orang miskin. Sesiapa sahaja yang pernah saya tipu, akan saya bayar kembali empat kali ganda!” (Lukas 19:8). Ini ialah sikap orang yang telah menerima Yesus dalam hidupnya. Harta dan keutamaannya sekarang tidak lagi menjadi utama baginya – Tuhan Allah ialah hartanya sekarang. Matanya sekarang terbuka untuk melihat kepentingan orang lain. Bagaimana dengan kamu?

Adakah kamu mempedulikan orang miskin atau orang yang memerlukan kasih Tuhan disekeliling kamu? Adakah kamu sanggup mengotorkan tangan kamu untuk ‘menyentuh’ mereka? Sanggupkah kamu menolong dengan apa yang termampu dan memberitakan Berita Baik kepada mereka? Atau adakah hati kamu sudah dimiliki oleh barang fana dan mata kamu sudah ditutup dengan keinginan untuk memiliki harta kekayaan dunia?

Lihatlah Firman dan pekerjaan Yesus – Dia peduli. Kamu pun perlu begitu juga.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

2 comments:

  1. hai :)
    saya ingin bertanya,saya pernah beberapa kali post firman Tuhan di fb. saya tidak mengharapkan like. tapi kenapa kadangkala, saya berasa takut untuk berkongsi. kerana saya takut saya akan dikatakan tunjuk2x alim. sedangkan itu seikhlas hati saya. dan smua sya lakukan secara spontan. selepas bbrp minit saya dh post out..saya rasa mcm risau..apa yg org katakan nanti. tapi lama2x..saya dah tak kisah. walaupun hakikatnya masih wujud rasa itu.

    ReplyDelete
  2. Hai Anonymous,
    Saya tidak tahu apakah soalan kamu... ha2 kamu seperti sudah menjawab soalan kamu sendiri.

    Mungkin soalan-soalan ini boleh membantu:
    1) Apa tujuan kamu post Firman Tuhan?
    2) Apa yang menyebabkan kamu berasa begitu; adakah kamu tidak yakin dgn Firman-Nya? atau adakah kamu takut dan ingin berhati-hati kerana kamu takut kamu tidak mahu menge'post' Firman sebarangan tanpa tahu konteks Firman?
    3) Adakah kamu rasa bersalah kerana kamu secara tidak sengaja atau memang sedar bahawa hidup kamu dan Firman tersebut tidak sama?

    Jika jawapan kamu semuanya 'positive' jadi tidak ada apa yang patut dirisaukan :)

    ReplyDelete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]