Showing posts with label Persaudaraan. Show all posts
Showing posts with label Persaudaraan. Show all posts

Sunday, February 28, 2021

Samada Waktu Single atau Membujang, Abdikan Diri kepada TUHAN (Matius 19:10-12)

 

Selepas mendengar betapa seriusnya firman Yesus Kristus tentang isu perkahwinan dan perceraian (baca Matius 19:3-9), para murid-Nya memberi respon, "Kalau begitulah hidup suami isteri, lebih baiklah tidak berkahwin langsung" (19:10). Pemahanan mereka betul, kesimpulan mereka kurang tepat. Apa jawapan Yesus kepada mereka? Apa pula respon kamu? Bagaimana kita harus "mengabdikan diri kepada kerajaan syurga" samada pada waktu single ataupun membujang? 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Dalam episod ini, kita akan belajar:

• Maksud "waktu single" dan "membujang"
• Apa yang Yesus TIDAK maksudkan
• Tujuan "kurnia" atau "gift of singlehood"
• 3 sebab kenapa orang "tidak berkahwin"
• 3 nasihat, bukan perintah kepada singles

Untuk mendengar episod ini👂 KLIK DI SINI: http://bit.ly/SpotifyMatius140 (Spotify) ATAU http://bit.ly/LegasiMatius140

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

70 x 7 Kali Mengampuni Saudara-Saudari Seiman (Matius 18:21-35)

 

Selepas mendengar Yesus Kristus berbicara kepada para murid-Nya tentang apa yang harus dilakukan dengan saudara yang berdosa terhadap mereka (Matius 18:15-20), Petrus bertanya, "Tuhan... berapa kalikah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?" (18:21). Menurut rabbinic teachings pada masa itu, jawapan yang popular ialah tiga kali. Tetapi Petrus, mengetahui kemurahan hati Yesus, menjangka lebih daripada tiga - tujuh kali.

Jawapan Yesus pasti mengejutkan mereka: "Bukan tujuh kali. Tujuh puluh kali tujuh kali" (18:22). Ha! 490 kali? Setahun? Sebulan? Sehari? Bukan, menurut kaedah dan gambaran mengajar pada masa itu, maksud Yesus ialah - UNLIMITED, TIADA HAD 
😮📖❤ Kemudian, Dia menjelaskannya melalui ibarat... (18:23-35#ServeToLead #InjilMatius Dalam episod ini, kita akan belajar:

• Kenapa PENGAMPUNAN ialah salah satu mesej utama dalam Alkitab
• Kenapa kita harus seringkali mengampuni dan meminta ampun kepada saudara-saudari seiman kita
• Tip-tip untuk mentafsir ibarat
• Apakah maksud ibarat ini
• Apakah tiga (3) kesimpulan daripada petikan ini

Untuk mendengar 
👂 KLIK DI SINIhttp://bit.ly/SpotifyMatius138 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius138

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Berkonfrontasi dengan Saudara-Saudari Seiman yang Berdosa Terhadapmu (Matius 18:15-20)

 

"Jika saudaramu berdosa terhadapmu..." (Matius 18:15). Kita [PAUSE] di ayat ini. Secara peribadi, apa yang akan kamu lakukan jika saudara atau saudarimu berdosa terhadapmu? Sekurang-kurangkan ada tiga respon: 1) Tidak berbuat apa-apa - berdiam diri, simpan dalam hati, berdendam; 2) Bagitahu dunia - share dalam social media, buat 'reaksi' video, merungut; dan 3) Menegur dengan keras - bersikap negatif, motif ingin menjatuhkan, tindakkan fisikal.

Tetapi Yesus Kristus berfirman kepada para murid-Nya - anak-anak Allah - dan gereja-Nya untuk memberi respon dengan cara berbeza iaitu dengan Konfrontasi Alkitabiah a.k.a. Biblical Confrontation a.k.a. Godly Discipline and Pursue 
😊📖❤ #ServeToLead #InjilMatius

Bagaimana untuk melakukannya? Dan apakah kosnya kepada kamu dan gereja jika tidak melakukannya? KLIK DI SINI untuk mendengar 
👂Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius137 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius137 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Markus 3:31-35 Siapakah Ibu & Saudara-Saudara Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.28)

 

"Apabila ibu dan saudara-saudara Yesus tiba, mereka menanti di luar dan menyuruh orang memanggil-Nya. Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Yesus berkata kepada-Nya, 'Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka hendak bertemu dengan-Mu.' Yesus menjawab, 'Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?'" (Markus 3:31-33). Apakah jawapannya? 📖💪😊 #ServeToLead #InjilMarkus

 🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, August 12, 2020

Siapakah Ibu dan Saudara-Saudara Yesus Kristus? (Matius 12:46-50)



Sedang Yesus Kristus berbicara dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya datang berdiri di luar kerana hendak bercakap dengan Yesus. Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus, “Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bercakap dengan-Mu.” Tetapi Yesus menjawab, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?” (baca Matius 12:46-48).

Sangat jelas Maria ialah ibu-Nya secara duniawi (Matius 1-2) tetapi siapakah saudara-saudara-Nya (brothers)? Kenapa mereka ingin bercakap dengan Yesus? Kenapa Yesus bertanya siapa mereka, Dia tidak kenal atau berbeza maksud? 😊⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius102 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/          
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/        
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/        
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv        

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Tuesday, May 19, 2020

Bukan Sebagai Hakim Atau Hipokrit Tetapi Saudara (Matius 7:1-5)


Sejak bila kita layak menghakimi saudara-saudari Kristus yang lain? Adakah kita lebih mulia daripada mereka? Bukankah kita berbuat dan melakukan hal yang lebih kurang sama?
Dan kenapa kita tidak berani menegur kesalahan yang jelas yang dilakukan oleh saudara-saudari Kristus yang lain? Adakah kita takut kepada manusia? Bukankah ini tanggungjawab kita sebagai orang percaya untuk membawa mereka kembali kepada Allah Bapa?

Daripada dua hal ini, yang mana satu KAMU: Menghakimi saudara? atau takut untuk menegur saudara? #ServeToLead #InjilMatius Jangan rasa cemas atau mudah kecil hati, belajar daripada episod ini, KLIK DISINI > bit.ly/LegasiMatius50 ATAU melalui Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Berdamai Dahulu dengan Saudaramu sebelum Datang Kehadirat Allah (Matius 5:23-26)



Yesus berfirman dalam Matius 5:23-24, "Jika kamu sedang meletakkan persembahan kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawa saudaramu bersanggit hati denganmu, tinggalkanlah persembahanmu di depan mazbah, berdamai dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah buat persembahanmu." Logik dalam firman Yesus berubah dari 'Jika kamu marah' (Matius 5:21-22) kepada 'Jika orang marah kepada kamu' (5:23-26).   Ini fakta dari segi perasaan marah: Kita lebih mudah ingat apa yang orang lain lakukan kepada kita berbanding dengan apa yang kita lakukan kepada orang lain. Ambil hal tentang memaafkan dan meminta maaf ini dengan serius... Ada saudara atau saudari yang kamu perlu memaafkan atau/dan meminta maaf? Jangan berlengah-lengah lagi! 💪 #ServeToLead #InjilMatius 
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, January 23, 2015

Kebahagiaan Sempurna ada dalam Isa al-Masih (Renungan tentang 1 Yahya 1:4)

Gambaran pelukis
Kami menulis tentang segala ini kepadamu supaya kebahagiaanmu sempurna
(1 Yahya 1:4, KSZI, Kitab Suci Zabur dan Injil)

Dengan penuh sukacita di hatinya, rasul Yahya menulis surat ini supaya kebahagiaan yang dimilikinya dapat dikongsikan dengan orang lain yang ingin mengenal al-Masih. Kebahagiaan yang paling indah sekali di dunia ini ialah memiliki keakraban dan kesatuan dengan Isa al-Masih. Kebahagiaan yang kedua terindah ialah melihat orang lain datang kepada-Nya. Inilah apa yang dimaksudkan dengan “kebahagiaanmu sempurna.” Kebahagiaan dalam mengenal Isa al-Masih, kebahagiaan kerana mengetahui bahawa dosa kita sudah diampuni, kebahagiaan kerana mentaati Allah, kebahagiaan dalam mengasihi satu sama lain, kebahagiaan dalam kebenaran, kebahagiaan di dalam penganiayaan kerana nama-Nya, dan kebahagiaan dalam doa yang dijawab oleh Allah.

Kamu dan saya tidak akan mengenal kebahagiaan yang sebenar jika kita tidak mengenal Isa al-Masih. Isa ialah sumber segala kebahagiaan, hanya Dia yang boleh memenuhi setiap hati kita. Melalui kesatuan dengan-Nya, hidup kita akan dipenuhi dengan hadirat-Nya, dan sukacita Dia akan melimpah di dalam hati kita. Isa ingin supaya “kebahagiaan-Ku ada dalam dirimu dan sempurnalah kebahagiaanmu” (Yahya 15:11). Penulis mazmur juga berkata: “hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku” (Mazmur 16:11, BM).

Bagi saya, kebahagiaan sempurna hanya dapat dialami sekiranya kita benar-benar pasti tentang keselamatan kita. Tidak akan ada sukacita yang benar sekiranya kita tidak pasti tentang destinasi kehidupan kita selepas mati nanti. Di dalam iman kepada Isa al-Masih, tidak ada istilah “insyaallah.” Yang ada hanyalah – pasti atau tidak. Orang yang paling kecewa dan hampa di dunia ini ialah orang yang ingin pergi ke syurga tetapi tidak pasti samada dia akan dapat pergi atau tidak. Hanya apabila kita benar-benar pasti tentang destinasi kehidupan kita, barulah kita dapat mengalami kebahagiaan sempurna. Oleh itu, Isa berkata tentang diri-Nya, “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tidak seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku” (Yahya 14:6). Isa al-Masih ialah satu-satunya jalan kepada Allah Yang Maha Tinggi. Mengenal Isa bererti mengenal Allah, dan mengenal Dia memberikan kita kepastian tentang keselamatan kita. Dengan ini, kebahagiaan kita sempurna!

Adakah kamu mengenal Isa secara peribadi? Adakah kamu “hidup dalam keakraban dengan Bapa dan Putera-Nya, Isa al-Masih” (1 Yahya 1:3)? Adakah kamu mengalami dan merasa hadirat-Nya dalam kehidupan kamu? Adakah kamu mempunyai sukacita dan kebahagiaan hasil daripada hubungan intim kamu dengan Dia? Jika ya, berbahagialah! kamu ialah pengikut Isa yang sebenar.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, January 22, 2015

Memiliki Keakraban dengan Bapa dan Putera-Nya Isa al-Masih (Renungan tentang 1 Yahya 1:3)


Kami memberitahumu apa yang telah kami lihat dan dengar,
supaya kamu juga dapat bersaudara dengan kami.
Sesungguhnya kami hidup dalam keakraban dengan Bapa dan Putera-Nya Isa al-Masih
(1 Yahya 1:3, KSZI, Kitab Suci Zabur dan Injil)

Tujuan rasul Yahya menulis tentang Isa ialah kerana dia ingin supaya setiap orang datang kepada-Nya untuk memilikihidup dalam keakraban dengan Bapa dan Putera-Nya, Isa al-Masih.” Persaudaraan (koinonia) bermaksud persekutuan dan perkongsian. Lebih daripada perhubungan sosial yang biasa-biasa, “bersaudara” di sini bererti hubungan-perkongsian yang akrab diantara dua atau lebih orang. Pada asalnya, ia menggambarkan hubungan perniagaan dimana beberapa orang bekerjasama dengan satu sama lain, seperti rasul Yahya dengan abangnya Yakobus bersama Petrus dan Andreas dalam perniagaan menangkap ikan (Sebelum mereka dipanggil oleh Isa, mereka adalah para nelayan. Rujuk Lukas 5:1-11). Mereka menebarkan jala bersama, mereka menaikkan ikan bersama, mereka berkongsi hasil perolehan bersama, mereka berhadapan dengan ribut dan hujan bersama. Hubungan seperti inilah yang dimaksudkan dengan “hidup dalam keakraban” bersama Isa al-Masih.

Bersaudara” bermaksud kita mempunyai hubungan-perkongsian dengan Isa. Kita berkongsi kehidupan kita dengan Dia, Dia dengan kita, kamu dan saya. Melalui Isa al-Masih kita telah memasuki hubungan yang sangat intim dengan Bapa dan Roh Suci. Ini sangat luar biasa! Sebagai orang-orang berdosa, kita tidak mempunyai apa-apa yang membolehkan kita mempunyai hubungan dengan Allah Yang Maha Suci. Bahkan, kita tidak layak untuk berdiri dihadapan-Nya kerana dosa kita yang sangat besar. Tetapi, Allah Bapa sudah melakukan sesuatu yang indah buat kita, “darah Isa, Putera-Nya, menyucikan kita daripada segala dosa” (1 Yahya 1:7). Melalui Isa al-Masih kita dapat mempunyai hubungan yang intim dengan Allah Yang Maha Suci! Kerana Isa benar-benar mati di kayu salib bagi dosa kita semua, kita boleh datang dekat kepada Allah bila-bila masa, ketika dan dimana saja kita berada. Kita boleh mengenal Allah secara peribadi!

Dengan menjadi manusia, Isa menanggung segala dosa kita di kayu salib. Jika Isa datang sebagai “Yang Suci dari Allah” (Markus 1:24), dosa-dosa kita tidak boleh ditanggung-Nya kerana Dia suci. Oleh itu, Dia menjadi manusia. Firman Allah ada tertulis: “[Isa al-Masih] menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk kebenaran” (1 Petrus 2:24). Dia datang ke dunia supaya kita boleh pergi ke syurga. Dia dilahirkan oleh seorang dara melalui kuasa Roh Suci supaya kita boleh dilahirkan semula melalui Roh Suci-Nya. Dia menjadi Putera Insan supaya kita boleh menjadi anak-anak Allah. Melalui iman kita kepada Isa Al-Masih, kita “akan mengambil bahagian dalam sifat keilahian Allah” (2 Petrus 1:4), “kita menjadi benar di hadapan Allah” (2 Korintus 5:21), “dikasihi oleh Bapa” (Yahya 14:21), kesejahteraan-Nya akan ditinggalkan bagi kita (Yahya 14:27), kita akan tetap dalam kasih-Nya (Yahya 15:10) dan kebahagiaan-Nya ada dalam kita (Yahya 15:11). Ini sangat luar biasa!

Kita memiliki semua ini bersama kerana kita “bersaudara” dalam Isa al-Masih.
Inilah yang dimaksudkan dengan “keakraban dengan Bapa dan Putera-Nya Isa al-Masih
Adakah kamu mempunyai hubungan-perkongsian seperti ini dengan TUHAN kamu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]