Selepas
mendengar Yesus Kristus berbicara kepada para murid-Nya tentang apa yang harus
dilakukan dengan saudara yang berdosa terhadap mereka (Matius 18:15-20), Petrus
bertanya, "Tuhan... berapa kalikah
harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?" (18:21). Menurut rabbinic
teachings pada masa itu, jawapan yang popular ialah tiga kali. Tetapi Petrus,
mengetahui kemurahan hati Yesus, menjangka lebih daripada tiga - tujuh kali.
Jawapan Yesus pasti mengejutkan mereka: "Bukan tujuh kali. Tujuh puluh kali tujuh
kali" (18:22). Ha! 490 kali? Setahun? Sebulan? Sehari? Bukan, menurut
kaedah dan gambaran mengajar pada masa itu, maksud Yesus ialah - UNLIMITED,
TIADA HAD Kemudian, Dia menjelaskannya melalui ibarat...
(18:23-35) #ServeToLead #InjilMatius Dalam episod ini, kita akan belajar:
• Kenapa PENGAMPUNAN ialah salah satu mesej utama
dalam Alkitab
• Kenapa kita harus seringkali mengampuni dan
meminta ampun kepada saudara-saudari seiman kita
• Tip-tip untuk mentafsir ibarat
• Apakah maksud ibarat ini
• Apakah tiga (3) kesimpulan daripada petikan ini
Untuk mendengar KLIK
DI SINI: http://bit.ly/SpotifyMatius138 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius138
FB
Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast:
https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube:
https://www.youtube.com/c/LEGASItv/
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment