"Sesiapa yang menyebabkan seorang daripada
kanak-kanak kecil yang percaya kepada-Ku ini berdosa," firman Yesus Kristus, "lebih baiklah baginya jika batu kisar diikatkan ke lehernya dan
dia ditenggelamkan ke dalam laut yang dalam" (Matius 18:6). Dengar
betapa serius kenyataan Yesus ini. Bagi yang melakukan hal ini, dua kali Dia
katakan "malangnya" atau "celakalah" atau "woe"
(18:7).
Bagi orang Kristian sendiri yang menyebabkan anak-anak Allah ("yang percaya kepada-Nya") berdosa, hati-hati; bagi dunia atau orang bukan Kristian yang menyebabkan anak-anak Allah berdosa, celakalah dan terkutuklah; bagi yang berdosa dan menyebabkan ia terjadi, bertaubat atau "dihumbankan ke dalam api neraka." Ambil serius tentang hal ini, periksa diri sendiri dan bertindak untuk "menikmati hidup kekal" (18:8-9). 💪 Kerana kasih dan kebenaran, Tuhan Yesus memberi amarah ini 🙏 #ServeToLead #InjilMatius
Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI 🤳 Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius135 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius135
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment