Yesus
berkata, “Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya,
hal
itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka” (Yohanes
15:13, BM)
Kita semua, suatu ketika dahulu, pernah menjadi
seorang sahabat yang kurang baik.
Mungkin kita pernah mengambil kesempatan keatas sahabat-sahabat kita atau tidak
melayani mereka atau tidak pernah berada di sisi mereka ketika mereka
betul-betul memerlukan kita. Kita juga mungkin pernah mengalami pengalaman
sebegitu.
Tetapi Yesus tidak begitu.
Yesus ialah seorang sahabat yang baik.
Malah, dia ialah seorang sahabat yang sempurna. Walaupun kita mungkin seorang
sahabat yang teruk dan kurang baik bagi dia, dia tetap seorang sahabat yang
baik bagi kita. Yesus merupakan seorang sahabat yang sangat baik dan kita
sangat teruk sehinggakan dia tahu bahawa satu-satunya cara untuk persahabatan yang
mustahil ini terjadi ialah dengan kematian dia di kayu salib bagi dosa kita –
dan dia melakukannya dengan penuh kasih dan secara sukarela. Oleh kerana Yesus
dan kematiannya di kayu salib, kita mempunyai banyak peluang setiap hari untuk
menjadi seorang sahabat yang baik bagi Yesus and bersama Yesus. Apabila kita menjadi
sahabat Yesus yang baik, kita akan mengetahui lebih banyak lagi kebenaran yang
indah tentang Yesus.
Sebagai seorang sahabat yang baik, Yesus mengasihi
kita lebih daripada kita mengasihi dia, lebih daripada kita mengasihi orang
lain – malah lebih daripada kita mengasihi diri kita sendiri. Sebagai seorang sahabat yang baik, Yesus sentiasa
akan membimbing kita, dia akan menunjukkan kepada kita bagaimana untuk hidup dan
bagaimana untuk mengasihi orang lain demi kemuliaan Bapa di syurga. Sebagai
seorang sahabat yang baik, Yesus mengampuni dosa kita walaupun kita tidak layak
untuk menerimanya. Dia sanggup mati bagi kita supaya kita beroleh kehidupan
yang kekal. Sebagai seorang sahabat yang baik, Yesus sentiasa menghiburkan
kita, mempunyai masa bagi kita dan akan bersama dengan kita dalam suka dan duka
sepanjang kehidupan kita. Sebagai seorang sahabat, Yesus sentiasa mendengar.
Dia mendengar doa kita, berdoa bagi kita, dan peduli tentang apa yang terjadi
dalam kehidupan kita. Apabila kita takut bersaksi atau hilang kata-kata untuk
berbicara tentangnya, Yesus akan bersama dengan kita… kerana Yesus ialah
sahabat kita.
Yesus, sahabat yang sangat baik.
Saya ingin Yesus menjadi sahabat baik saya.
Bagaimana
dengan kamu?
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment