“Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan”
(Kisah Rasul-Rasul 16:31, BM)
(Kisah Rasul-Rasul 16:31, BM)
Bagaimana kita boleh pasti tentang hal keselamatan kita di dalam Kristus? Begini, baca kebenaran berikut sehingga kamu benar-benar faham; Alkitab ialah firman dari Allah (atau firman Allah). Oleh itu, ia ialah kitab yang benar dan kamu boleh mempercayainya. Alkitab mengatakan bahawa jika kamu menyesal dan mengakui dosa kamu dan percaya kepada Yesus Kristus, kamu sudah diselamatkan. Soalan saya: Pernahkah kamu datang kepada Kristus sebagai seorang pendosa, and meminta Dia untuk menyelamatkan kamu? Pernahkah kamu menerima Dia sebagai Anak Domba yang telah mati bagi setiap hukum dosa kamu? Jika pernah, Tuhan Allah melalui firman-Nya, Alkitab mengatakan bahawa kamu sudah pun diselamatkan.
Dengan erti kata lain, ini yang paling penting untuk kamu faham – kepastian tentang penyelamatan datangnya dari Alkitab. Kebenaran ini jelas diajar melalui ayat 1 Yohanes 5:13. Setiap orang Kristian harus mengingati ayat ini; “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal”(BM).
Lihat ayat “supaya kamu tahu”. Rasul Yohanes menulis melalui inspirasi Roh Allah supaya sesiapa yang telah percaya kepada Anak Allah, iaitu Yesus Kristus, akan “tahu” bahawa mereka “sudah mempunyai hidup sejati dan kekal”. Jika kamu percaya kepada Kristus, kamu sudah diselamatkan. Alkitab mengatakan demikian.
Masalah bagi kebanyakkan orang ialah mereka terlampau bergantung kepada perasaan daripada bergantung kepada kebenaran Alkitab. Mereka berkata, ‘Saya tidak merasakan bahawa saya sudah diselamatkan’. Mereka mengharapkan sesuatu pengalaman emosi (rasa misteri) dan apabila mereka tidak mengalaminya, mereka ragu-ragu samada mereka sudah diselamatkan atau tidak. Mereka yang menilai hal keselamatan melalui perasaan selalunya akan mudah ragu-garu kerana perasaan selalu berubah-ubah. Percaya kepada kebenaran Alkitab dan bukan kepada perasaan kamu!
Hmmm... mungkin ada yang bertanya, ‘Richard, bukankah seseorang akan merasa sukacita apabila dia sudah diselamatkan?’ Jawapan saya ialah: ‘Ya, saya setuju!’. Namun begitu, seseorang perlu tahu terlebih bahawa dia sudah pun diselamatkan sebelum dia merasa sukacita. Kepastian harus datang dulu, barulah perasaan menyusul kemudian. Kita tahu bahawa kita sudah pun diselamatkan kerana Alkitab mengatakannya. Kita merasa sukacita kerana kita tahu kita sudah diselamatkan.
Selain daripada melalui Alkitab (ini yang terutama), ada beberapa cara lain lagi untuk kita mendapatkan kepastian bahawa kita sudah benar-benar telah diselamatkan. 3 bukti utama; 1) Kita mengasihi saudara-saudari yang lain di dalam Kristus (1 Yohanes 3:14), 2) Kita mempunyai kesaksian Roh Allah di dalam diri kita (1 Yohanes 5:10, Roma 8:16). [Kesaksian Roh Allah ialah sukacita dan ketenangan jiwa bagi orang yang percaya kepada firman Allah apabila ia mengatakan bahawa sesiapa yang percaya kepada Kristus sudah pun diselamatkan. Roh Allah bersaksi kepada orang Kristian melalui Alkitab], 3) Kita akan membenci perbuatan dosa dan suka akan kebenaran (Roma 6:14) [Ada masanya orang Kristian akan berbuat dosa, namun begitu, mereka tidak lagi dikuasai oleh dosa. Mereka tidak akan terus-menerus melakukan dosa dengan sengaja].
Apabila kita bertumbuh di dalam kehidupan Kristian, kepastian tentang hal keselamatan kita akan bertambah hari demi hari. Untuk kita terus bertumbuh dalam iman dan bertambah dalam keyakinan; kita harus membaca Alkitab sekerap yang mungkin dan mempercayai kebenarannya dengan sepenuh hati. Kita juga mesti berdoa kepada Tuhan agar Dia terus menguatkan iman kita apabila kita membaca Alkitab, dan jangan lupa untuk bersaksi dan mengkhabarkan Berita Baik tentang Yesus Kristus Tuhan yang telah menyelamatkan kamu dari hukum dosa.
Bagaimana jika kamu masih lagi tidak pasti tentang hal keselamatan?
Mungkin sekarang kamu masih lagi ragu-ragu akan hal ini... Mungkin kamu berfikir bahawa kamu memang pernah suatu masa dulu mempercayai Kristus, tetapi sekarang kamu tidak pasti jika ianya adalah benar... Kamu sangat ingin mendapatkan kepastian bahawa jika kamu benar-benar ialah anak-anak Allah...
Ini apa yang kamu patut lakukan: beritahu secara jujur (berdoa kepada) Tuhan yang kamu sekarang tidak pasti samada kamu benar-benar sudah diselamatkan atau tidak, dan sekarang kamu mahu kepastian bahawa kamu memang sudah diselamatkan oleh-Nya. Beritahu Dia bahawa kamu mengaku yang kamu ialah pendosa dan jika kamu mati sekarang, kamu pasti akan pergi ke neraka –sekiranya Dia tidak menyelamatkan kamu. Kemudian, terimalah Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu, percaya bahawa Dia telah mati dan menebuh setiap dosa kamu di kayu salib – dan percaya bahawa Dia boleh dan akan menyelamatkan kamu.
Kisah Rasul-Rasul 16:31 mengatakan: “Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan – kamu dan keluargamu!” Apa Alkitab katakan jika kamu percaya kepada Tuhan Yesus? Alkitab mengatakan bahawa “Kamu akan diselamatkan”. Ini ialah firman Allah – percayalah! Apabila Iblis datang untuk membuat kamu ragu-ragu akan keselamatan kamu di dalam Kristus, baca Alkitab semula di Kisah Rasul-Rasul 16:31 (atau Yohanes 1:12; 3:36; 5:24 atau Roma 10:9). Tunjukkan kepada dia (dan kamu sendiri) bahawa Tuhan Allah sendiri berfirman bahawa kamu sudah pun diselamatkan kerana kamu percaya kepada Yesus Kristus. Iblis tidak akan membuat kamu ragu-ragu lagi sekiranya kamu menunjukkan dia kebenaran di dalam Alkitab! Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment