Wednesday, February 27, 2013

Yesus akan Menghiburkan Aku

Semoga kasih-Mu yang kekal menghiburkan aku,
menurut janji-Mu kepadaku, hamba-Mu” (Mazmur 119:76)

"Aku akan menghiburkan kamu di Yerusalem,
seperti ibu menghiburkan anaknya
" (Yesaya 66:13)

Pernahkah kamu ketika masih kecil dahulu apabila kamu terjatuh kakimu terluka, tanganmu berdarah, badanmu mendapat lebam berlari mencari ibumu dan menangis dipelukkannya menahan kesakitan? Apabila kamu sampai kepada ibu, dia membelai rambutmu, mencium pipimu, mencuci lukamu dan membalutnya dengan kain “penyembuhan’ (Handiplas lar) – dan kamu merasakan bahawa luka kamu sudah hampir sembuh dan kamu berada dalam keadaan selesa walaupun masih ada sedikit sakit luka itu. Kasih dan belas kasihan yang kita pernah alami ini mempunyai kuasa penyembuhan yang lebih hebat lagi daripada segala ubat-ubatan dan rawatan ciptaan manusia.

Memang benar apabila insan-insan yang kita sayangi pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya akan menyebabkan kita untuk seketika yang agak lama, hilang harapan dan hilang hala tujuan hidup dan lebih lagi – menyebabkan perasaan kesunyian yang sangat mendalam. Perasaan ini tidak mungkin akan hilang begitu sahaja dalam sekelip mata. Tetapi, walaupun kita berada dalam keadaan yang sangat teruk sekalipun, kita tahu dengan iman bahawa kasih Kristus sentiasa lebih lagi dekat dari kita. Kita akan mengalami sendiri kasih-Nya dengan lebih nyata lagi. Yesus Kristus – yang telah menderita kesakitan sendirian di kayu salib, dan yang telah mengalami kematian dan siksa dosa bagi semua umat manusia untuk memberi keselamatan kepada kita – tahu apa itu kesengsaraan dan kesunyian yang kita sedang (dan akan) alami. Dan disebabkan Dia tahu, Yesus Kristus boleh memberikan kita penghiburan yang sentiasa ada bagi kita melalui kehadiran-Nya. Kita harus berdoa: “Semoga kasih-Mu yang kekal menghiburkan aku, menurut janji-Mu kepadaku, hamba-Mu”. Amen.

Jadi, bagi orang yang terus percaya kepada Yesus Kristus, ada “penyembuhan” yang akan kita alami di dalam kesedihan kita. Daripada kesengsaraan dan kekecewaan, Tuhan Allah mampu melakukan mukjizat yang terindah di dalam diri kita dengan memberikan kita kekuatan-Nya dan kasih setia-Nya. Ini janji-Nya.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]