Monday, February 4, 2013

Kenapa Hidup ini sangat Rumit?

Saya ingin memulakan satu perjalanan ke sebuah Kerajaan Syurga yang penuh dengan harapan, berkat dan kemuliaan. Kerajaan yang Tuhan Allah telah janjikan kepadaku. Tempat yang indah dan sempurna.

Semua yang saya perlukan untuk perjalanan ini telah Allah sediakan kepadaku. Seperti Dia menjaga burung-burung di langit, seperti itu juga Dia menjagaku.

Saya tahu perjalanan saya akan mengambil masa yang agak lama, dan penuh dengan cabaran-cabaran yang akan datang. Tetapi “Puji Tuhan!”, saya berfikir sendiri di dalam hati, “pasti ada jalan mudah untuk perjalanan ini” Saya senyup. “Halleluyah”, saya bersuka, “Tuhan memang baik”.

Namun selepas sekian lama, perjalanan menuju ke Kerajaan-Nya menjadi semakin sukar. Sukacitaku sekarang berubah menjadi kewajiban. Kewajiban pula bertumbuh menjadi berhutang budi. Nyanyian puji-pujian saya semakin lama semakin tidak kedengaran. Saya menangis dengan penuh dukacita. Saya sekarang seakan-akan dirantai oleh semua kewajiban di dunia ini... Saya berfikir, “Ini pasti akan berlalu, ia mesti berlalu...” Saya terus menangis.

Ada orangkah yang lebih bodoh seperti saya, yang telah menjual kebebasan di dalam Kristus dengan rantai kewajiban dan tanggungjawab di dunia yang terlampau dan mendengar dusta-dusta di sekelilingku?
Saya begitu tekun untuk mencapai Kerajaan itu, tetapi tarikan dunia yang begitu hebat telah melambatkan saya... malah telah menarik saya balik ke tempat asal – dimana saya pernah berada dulu.
Tuhan Yesus, aku mahu kembali kepadaMu. Aku berdoa.

Sekarang...
Yesus mendengar seruanku.
Dia berpegang kepada janji-Nya.
Dia telah menyelamatkanku.


Janganlah berusaha untuk mendapat makanan yang boleh menjadi basi, tetapi berusahalah untuk mendapat makanan yang boleh memberikan hidup sejati dan kekal. Itulah makanan yang akan diberikan oleh Anak Manusia kepada kamu, kerana Dia sudah dilantik oleh Allah Bapa" (Yohanes 6:27)

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]