Wednesday, February 20, 2013

Nota Khas bagi orang Kristian yang Sedang Mengalami Penderitaan dan Kesusahan Hidup

 “Kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan.
Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah.
Oleh itu kita mempunyai harapan
” (Roma 5:3-4).

Apa yang kelihatan [kesusahan] hanya tahan sementara,
tetapi apa yang tidak kelihatan itu
[kemuliaan] kekal selama-lamanya
” (2 Korintus 4:18).

Di dalam masyarakat sekarang, dimana keinginan untuk menjadi senang dalam sekelip mata dan keinginan untuk hidup gembira senantiasa adalah beberapa faktor utama yang penghalang kita untuk memahami maksud tersirat di dalam penderitaan atau kesusahan yang kita alami di dalam kehidupan ini. Malah, kita sanggup membuat apa sahaja untuk mengelak semua itu. Namun begitu, bagi orang Kristian khususnya, penderitaan yang kita alami di dalam hidup ini ialah cubaan yang terpenting bagi kita untuk menguatkan iman kita dalam Yesus Kristus dan untuk kita bertumbuh secara rohani melalui pengharapan kita kepada-Nya.

Tiada seorang pun di dunia ini yang suka akan penderitaan, pencubaan dan kesusuhan kerana semua ini akan mencabar kita secara fisikal, mental, emosi dan rohani. Namun, bagi orang yang pernah melalui semua ini dengan iman yang teguh dan harapan yang bersandarkan kepada kekuatan Tuhan Allah – mereka ‘keluar’ dari cabaran-cabaran ini menjadi lebih kuat iman dan lebih bijaksana. Adakah kamu pernah mengalami perubahan seperti ini? Jika pernah, kamu pasti tahu apa yang saya cuba maksudkan di sini.

Sebelum saya pandai bermain bola sepak sewaktu remaja dahulu, saya pernah jatuh terseliuh dan tangan saya retak kerana berlanggar dengan tiang gol (ketawalah). Sebelum saya pandai bermain gitar, jari-jari saya menjadi bengkak kerana terlampau lama belajar menekan kod-kod gitar (senyumlah). Sebelum saya lulus memandu kereta, saya selalu melanggar tiang-tiang semasa latihan meletak kereta dan tergelungsur ke belakang semasa latihan naik bukit (Wah, wah, wah, kamu tidak pernah ka?). Semua contoh-contoh ini boleh juga kita samakan dengan kehidupan rohani kita.

Kita tidak mungkin boleh menjadi seorang Kristian yang teguh iman dan penuh berharap dengan Tuhan Allah sekiranya kita tidak pernah mengalami kesusahan dan percubaan hidup. Tidak dinafikan bahawa Tuhan Yesus tidak senang melihat kita sengsara, namun begitu kadang-kadang Dia akan membenarkan kesengsaraan dan penderitaan terjadi di dalam kehidupan kita supaya iman kita diteguhkan, peribadi kita dikuatkan, dan harapan kita kepada-Nya akan menjadi semakin nyata di dalam hidup kita.

Melalui penderitaan, Tuhan Allah mahukan kita supaya mengalihkan pandangan kita kepada-Nya. Dia mengingini supaya kita bergantung harap kepada-Nya dan mempercayai setiap janji-janji-Nya di dalam Firman-Nya yang Hidup, Al-Kitab. Kita harus mengalami kasih-Nya di dalam penderitaan dan memahami kasih-Nya melalui pengalaman peribadi kita. Ini janji-Nya di dalam 1 Petrus 5:10, [Tetapi] setelah kamu menanggung penderitaan untuk sementara waktu, Allah sendiri akan menyempurnakan kamu. Dia akan menegakkan, menguatkan, dan mengukuhkan kamu, kerana Dia Allah yang sangat baik hati dan yang sudah memanggil kamu untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus”.

Dialah yang berkuasa selama-lamanya! Amin” (1 Petrus 5:11).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

1 comment:

  1. Terima Kasih Richard :) Sangat memberkati. he2

    ReplyDelete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]