Sunday, October 14, 2012

Nota untuk Orang yang Terluka

Petrus datang kepada Yesus dan bertanya, ‘Ya Tuhan, jika saudaraku berdosa terhadap aku, berapa kalikah harus aku ampuni dia? Sehingga tujuh kalikah?’ Yesus menjawab, ‘Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh puluh kali!’” (Matius 18:21-22)

Apabila Tuhan sudah mengampuni, Dia tidak lagi mengingati kesalahan kita (bukannya Tuhan lupa atau hilang ingatan, tapi Dia tidak akan menghukum kita atas kesalahan lampau. Yesus sudah menanggung murkaNya untuk kita. Kita menerima pengampunan ini apabila kita meletakkan iman kita kepadaNya. Puji Tuhan!), maka, kita juga tidak seharusnya berbuat begitu. Atas kasih karuniaNya, Dia sudah membuang segala dosa kita. Seperti lagu yang kita sering nyanyikan:

Sejauh timur dari barat
Engkau membuang dosaku
Tiada Kau ingat lagi pelanggaranku
Jauh ke dalam tubir laut
Kau melemparkan dosaku
Tiada Kau perhitungkan kesalahanku

Apakah Tuhan benar-benar sudah mengampuni semua dosa kita? Ya, sebagai orang percaya, penulis Mazmur 103:3 mengatakan, “Dia mengampunkan segala dosaku”. Jadi, haruskah kita mengampuni orang yang berdosa terhadap kita? Ya, kerana kita sudah diampuni oleh Tuhan sendiri. Rasul Paulus menulis, “Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu” (Kolose 3:13). Apabila kamu berhadapan dengan orang yang telah melukai hati kamu, satu perkara yang dapat kamu lakukan ialah dengan mengambil keputusan untuk memaafi dia. Sukar? Ya, tidak dinafikan lagi... lihatlah Kayu Salib... itulah sejauh mana Tuhan sanggup mengampuni dosa kita. 

Dengarlah nasihat saya – mengampuni orang yang bersalah (atau berdosa) terhadap kamu dapat menghampuskan kepahitan di hati kamu dan secara beransur-ansur kamu akan mengalami kesembuhan. Ingatlah wahai Manusia, dosa kita sudah betul-betul telah melukai hati Tuhan kita. Tetapi, atas kasih karunia-Nya, Dia telah mengampuni dosa kita. Dan oleh kerana pekerjaan Yesus di Kayu Salib, hubungan kita dengan Tuhan Bapa sudah kembali dipulihkan. Maka, kawanku, kita juga harus mengikuti teladan (dan mentaati Firman-Nya) untuk saling mengampuni. [Atau jika kamu mengambil keputusan untuk TIDAK berbuat begitu, Agnes Monica bernyanyi, “Teruskanlah, teruskanlah... kau begitu (hidup dalam kepahitan)”].

Kawan, Tuhan mengambil berat tentang luka, kesakitan dan kepahitan hati kamu, tetapi hanya melalui pengampunan barulah kamu dapat mengalami kesembuhan dan ketenangan jiwa. Tahukah kamu? Petrus beranggapan bahawa pengampunan mempunyai had tertentu (“tujuh kali”); tetapi Yesus berkata “tujuh puluh kali tujuh puluh kali” bermaksud mengampuni orang lain selagi kamu boleh mengampuni. Tiada had. Tiada batas. Tiada kiraan. Terus menerus mengampuni. Sebelumnya Yesus berkata ini kepada pengikut-Nya: “Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Bapa kamu yang di syurga pun akan mengampunkan kesalahan kamu” (Matius 6:14). Janji ini adalah untuk orang yang percaya kepada-Nya.

Kawan, sudahkah kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu?

Betapa besar kasih
PengampunanMu Tuhan
Tak Kau pandang hina hati yang hancur
Ku berterimakasih KepadaMu ya Tuhan
Pengampunan yang Kau beri pulihkanku
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]