Monday, October 29, 2012

Pemberian Roh Kudus


Sekarang aku hendak membincangkan kurnia-kurnia yang diberikan oleh Roh Allah. Aku mahu kamu mengetahui yang sebenarnya tentang hal itu” (1 Korintus 12:1).

Setiap orang dilahirkan dengan kebolehan dan bakat tersendiri. Ada yang begitu nyata sekali dan ada yang lebih practikal. Kita selalunya memanggil bakat semulajadi sebagai ‘Bakat yang diberikan oleh Tuhan’, terutama sekali jika seseorang itu pandai bermain musik, kebolehan dalam seni, atau dalam matematik. Tetapi ini semua tidak sama dengan ‘kurnia-kurnia yang diberikan oleh Roh Kudus’, iaitu kurnia-kurnia yang diberikan kepada kita selepas kita menerima Yesus dalam hidup kita. Apabila Roh Kudus hadir ke dalam diri kita, Dia akan memberikan kita satu kurnia (atau lebih lagi) yang baru, yang tidak pernah kita sedari sebelum ini.

Rasul Paulus menulis bahawa Roh Kudus yang sama telah memberikan pelbagai kurnia kepada orang yang percaya. Di dalam surat 1 Korintius 12:8-10 dia telah menyenaraikan sebahagian daripada pemberian ini: kebolehan untuk menyampaikan perkhabaran yang penuh dengan kebijaksanaan, kebolehan untuk menyampai pengetahuan tentang Allah, kepercayaan yang luar biasa kepada Kristus, kuasa untuk menyembuhkan orang sakit, kuasa untuk melakukan mukjizat, kebolehan untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, kebolehan untuk membeza-bezakan kurnia, kebolehan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa yang ajaib, dan kebolehan untuk menerangkan erti bahasa-bahasa itu.

[Banyak orang Kristian percaya bahawa pemberian-pembrian ini masih lagi diberikan kepada umat-Nya. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa kurnia-kurnia ini hanya diberikan kepada Gereja pertama (semasa Kisah Rasul-Rasul) untuk membuktikan bahawa Roh Kudus sudah diturunkan kepada mereka – dan semua ini sudah tidak perlu lagi. Pendapat yang berbeza ini tidak langsung mempengaruhi iman saya kepada Yesus.]

Mungkin kurnia-kurnia seperti kebolehan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa yang ajaib (gift of tongues) dan kebolehan untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah (prophecy) masih lagi disoalkan [saya, secara peribadi percaya bahawa kebolehan ini sudah tidak perlu lagi kerana adanya Firman Allah yang lengkap sudah kita miliki]; namun tidak boleh disangkalkan bahawa Tuhan masih lagi memberikan kebolehan untuk menyampaikan perkhabaran yang penuh dengan kebijaksanaan (wisdom), kebolehan untuk menyampai pengetahuan tentang Allah (knowledge), dan kepercayaan yang luar biasa kepada Kristus kepada kita (faith).

Semua kebolehan ini bukannya diberikan kepada orang percaya supaya kita dapat menunjuk-nunjuk kepada orang lain, menjadi sombong dan merasa diri lebih rohani daripada orang lain. Tidak! Pemberian kurnia-kurnia Roh Kudus ini adalah untuk kebaikan kita bersama. Ia diberikan kepada kita “bagi kebaikan kita semuauntuk membuktikan bahawa, “Roh-Nya ada pada setiap orang” (1 Korintus 12:7).

Jika kamu merasakan bahawa kamu masih belum lagi menerima pemberian Roh Kudus, berdoa dan mintalah kepada Tuhan Bapa. Perhatikanlah kehidupan kamu dan bagaimana Tuhan telah mengunakan hidup kamu untuk melakukan kebaikan kepada orang lain.... Hei, keinginan kamu untuk membantu dan mendorong orang lain ialah salah satu pemberian Roh Kudus kepada kamu.

Ini definasi kurnia Roh Kudus bagi saya: “Selepas kamu menerima Yesus - apa sahaja yang kamu lakukan kepada orang lain, contohnya; menulis blog, menangkap gambar, menjaga anak, berkebun, membina rumah, berniaga, memasak, terlibat dalam hal politik dan sebagainya kerana kasih kamu kepada mereka yang kamu layani, ini ialah kurnia Roh Kudus kepada kamu.”
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

1 comment:

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]