Rasul Paulus menulis
kepada Jemaah di Efesus;
“[Binalah] kekuatan kamu
dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan
[Kristus]. Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu
dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat. Hal itu demikian
kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat
di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap
ini.
Oleh itu, sekarang,
pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya pada hari yang
jahat kamu dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh. Dengan demikian
setelah kamu berjuang sampai akhir, kamu tidak akan berganjak sedikit pun. Oleh
itu, kamu harus bersiap sedia!
Gunakanlah ajaran benar
tentang Allah sebagai tali pinggang dan ketulusan sebagai perisai dada. Hendaklah
kesediaan untuk mengisytiharkan Berita Baik yang membawa kesejahteraan menjadi
seperti kasutmu. Hendaklah kamu sentiasa gunakan kepercayaan kamu kepada Allah
sebagai perisai di tangan. Dengannya kamu dapat memadamkan semua anak panah
berapi daripada Si Jahat. Terimalah penyelamatan daripada Allah sebagai topi
besi, dan firman Allah sebagai pedang daripada Roh Allah.
Lakukanlah semuanya sambil
berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa,
sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah
menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah” (Efesus
6:10-18, BM).
Beritakan Berita Baik
tentang Kristus kepada semua orang bukan dengan pertumpahan darah, tetapi
melalui kasih Yesus Kristus. Lakukannya dengan mengenakan pakaian “Perlengkapan Senjata
daripada Allah” Amen.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
[Feel free to copy, print and
Photostat this picture graph, okay? God bless you]
No comments:
Post a Comment