Thursday, March 21, 2013

"Mukjizat itu Nyata?" atau "Mukjizat itu Nyata!"

Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: ‘Katakanlah kepada Harun: hulurkanlah tongkatmu dan pukulkanlah itu ke debu tanah, maka debu itu akan menjadi nyamuk di seluruh tanah Mesir.’ Lalu... Harun menghulurkan tangannya dengan tongkatnya dan memukulkannya ke debu tanah, maka nyamuk-nyamuk itu hinggap pada manusia dan pada binatang. Segala debu tanah menjadi nyamuk di seluruh tanah Mesir. Para ahli [sihir] itu pun membuat yang demikian juga dengan ilmu-ilmu manteranya untuk mengadakan nyamuk-nyamuk, tetapi mereka tidak dapat... lalu berkatalah para ahli itu kepada Firaun: ‘Inilah tangan Allah.” Tetapi hati Firaun berkeras, dan ia tidak mau mendengarkan mereka – seperti yang telah difirmankan TUHAN” (Keluaran 8:16-19, TB).

Musa dihadapan Firaun
Kita kadang-kadang menganggap bahawa mukjizat-mukjizat yang Tuhan Allah telah lakukan di dalam Alkitab adalah sebuah cerita dongeng semata-mata. Pandangan ini sangat mungkin jika kita juga menganggap bahawa Allah tidak pernah melakukan apa-apa mukjizat di dalam hidup kita sekarang. Sama seperti Firaun yang buta (secara rohani) apabila dia melihat sendiri mukjizat-mukjizat yang telah Allah lakukan melalui Musa, tidak percaya; kita juga kadang-kadang buta dengan apa yang Allah telah lakukan di dalam hidup kita dan di sekeliling kita. Kita sering beranggapan bahawa mukjizat dari Allah mestilah sesuatu perkara yang besar-besar seperti membangkitkan orang yang telah mati hidup semula atau menukarkan batu menjadi roti dan sebagainya, tetapi ia tidak semestinya seperti begitu. Kebenarannya ialah mukjizat (ada yang lebih hebat dari itu) sering berlaku setiap masa di sekeliling kita!

Mukjizat-mukjizat yang berlaku di sekeliling kita tidak semestinya sangat dramatik seperti bagaimana Tuhan membelah laut Teberau (atau Gelagah atau ‘Red Sea’) – ianya tidak kurang hebat kerana Allah yang sama yang berjalan bersama dengan Musa juga ada bersama dengan kita. Apabila mata hati kita telah dibuka oleh Allah untuk melihat dengan mata-Nya, kita akan mendapati dan menyedari bahawa mukjizat-mukjizat sedang berlaku di sekeliling kita seperti keindahan matahari timbul di pagi hari atau waktu ianya terbenam, cantiknya bulan menyinari malam, hubungan keluarga yang telah retak sudah dipulihkan, kelahiran bayi, kesembuhan dari penyakit, keselamatan yang diterima melalui iman dalam Kristus, pekerjaan kasih dan pengampunan dari Allah yang mengubah hidup seseorang, mendengar panggilan Allah dalam hidup kita – semua ini ialah sebahagian kecil daripada mukjizat-mukjizat yang berlaku di sekeliling kita.

Ingat kawan-kawanku: kita ada Allah yang boleh dan sering melakukan mukjizat di dalam hidup kita. Segalanya mungkin bagi-Nya. Dia akan melakukan apa yang kita anggap mustahil bagi kita untuk kemuliaan-Nya sendiri. Kita tahu bahawa dalam setiap perkara yang berlaku (ya, walaupun kejadian di Lahad Datu, Sabah sedang berlaku!), kita ada Allah yang hebat – Allah yang sering melakukan mukjizat! Berdoalah dalam setiap perkara dan jangan hilang harapan. Jika kamu menyangka bahawa mukjizat tidak akan terjadi selepas kamu berdoa... tunggu dan lihat.

Marilah dan lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Allah,
perbuatan-Nya yang ajaib antara manusia
” (Mazmur 66:5,
BM).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]