Wednesday, March 6, 2013

Kenapa Tuhan banyak memberikan Peringatan di dalam Alkitab?

Hukum TUHAN itu benar, menggembirakan hati. Perintah TUHAN itu adil, memberi orang pengertian. Berbakti kepada TUHAN itu baik, berlanjutan selama-lamanya. Ketetapan TUHAN itu adil, tidak berat sebelah. Ketetapan TUHAN lebih berharga daripada emas murni, lebih manis daripada madu. Hamba-Mu diperingatkan oleh semua itu; pahala tersedia untuk orang yang mentaatinya” (Mazmur 19:9-12).

Kehidupan kita penuh dengan bermacam-macam “peringatan”. Lampu merah mengingatkan kita untuk berhenti. Tanda amaran pada label botol ubat-ubatan mengingatkan kita supaya meletakkannya jauh dari capaian kanak-kanak. Bunyi siren kereta ambulans mengingatkan kita untuk memandu pelahan dan memberi laluan. Setiap peringatan ini adalah sesuatu perkara yang mungkin baik bagi kamu atau sebaliknya – bergantung kepada bagaimana kamu melihat situasi-situasi tersebut.

Kamu boleh melihat “peringatan” itu sebagai sesuatu yang menghalang kamu untuk bersukacita di dalam kehidupan kamu, atau kamu boleh melihat “peringatan” itu sebagai berkat daripada Tuhan Allah supaya kamu dapat menikmati kehidupan kamu sepenuhnya dan bersukacita dengan lebih lagi. Pemazmur mengatakan bahawa Firman Allah itu benar, mengembirakan hati; adil, memberikan orang pengertian; baik; tidak ternilai dan kita sebagai hamba-Nya telah “diperingatkan oleh semua itu”. “Peringatan” tidak seharusnya dikaitkan dengan perkara negatif sahaja – ialah ialah berkat dari Tuhan sendiri.

Peringatan daripada Allah (di dalam Firman-Nya) adalah bertujuan untuk melindungi kita sebagai umat-umat-Nya daripada melakukan perkara yang tidak baik yang akan memudaratkan kita sendiri. Sebagai contoh, ada peringatan Tuhan yang mengatakan bahawa kita tidak patut mengadakan hubungan seks luar nikah untuk mengelakkan hati kita daripada terluka kelak, mencegah kelahiran anak yang belum matang, atau menghidari kita daripada mendapat jangkitan yang berbahaya – dan yang paling utama sekali ialah kita berdosa kerana telah melawan perintah-Nya dan mengakibatkan Allah murka.

Selalunya kita melihat contoh “peringatan” di atas  atau mana-mana peringatan Tuhan Allah di dalam Firman-Nya sebagai sesuatu yang menghalang kebebasan kita. Apabila kita bersikap seperti itu, kita seakan-akan telah menentang sesuatu yang memang telah disediakan oleh Allah untuk melindungi kita sendiri. Peringatan-Nya adalah salah satu cara Allah untuk melindungi kita daripada melakukan perkara yang kita sendiri akan menyesal kelak. Musa berkata kepada orang Israel tentang Hukum Taurat, “Kamu akan sentiasa berjaya dan tidak pernah gagal jika kamu taat dengan setia kepada segala perintah TUHAN yang aku berikan kepada kamu hari ini” (Ulangan 28:13) – bagi kita sekarang ialah pengajaran Alkitab Perjanjian Baru, dan lebih-lebih lagi perintah Tuhan Yesus sendiri.

Hamba-Mu diperingatkan oleh semua itu;
pahala tersedia untuk orang yang mentaatinya
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]