Rasul Paulus menulis tentang kebenaran bagi semua manusia di dunia ini: “Semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah” (Roma 3:23, TB). Kamu, saya, ibubapa kita, ketua-ketua dan guru-guru agama, paus, raja, sultan, perdana menteri – semua – telah (atau masih) berbuat dosa. Tiada seorangpun yang sempurna, suci dan benar dihadapan Allah kecuali Yesus Kristus. Dalam Bab 3 ini, Rasul Paulus menulis bahawa semua orang layak dihukum oleh Allah sebab dosa kita kerana tidak ada seorang pun melakukan kehendak Allah (Roma 3:10-18). “Kita telah kehilangan kemuliaan Allah”. Pun begitu, Tuhan Allah tidak mahu meninggalkan kita tanpa harapan, Rasul Paulus menulis: “Allah memungkinkan orang berbaik semula dengan Dia, hanya melalui kepercayaan mereka kepada Yesus Kristus” (Roma 3:22, BM). Ingat: Semua orang telah berbuat dosa. Tetapi bagi kita yang sudah menerima kasih kurnia dan percaya bahawa Kristus yang telah mati bagi dosa kita di kayu salib dan Dia telah bangkit semula – kita sudah dibenarkan dihadapan Allah.
Sekarang, mari kita kembali ke ayat Roma 3:23, “Semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah”. Satu soalan yang datang kepada saya ialah ini; Bagaimana saya boleh mengasihi orang lain berdasarkan Firman ini? Ini jawapan yang Tuhan gerekkan di dalam hati saya: Saya boleh atau mampu atau harus mengasihi orang lain dengan kasih Allah apabila saya menilai siapa diri saya yang sebenar (dahulu berbuat dosa dan sekarang sudah diampuni) dihadapan Allah dan mengucap syukur atas kasih yang agung yang Tuhan Yesus telah lakukan kepada saya. Apabila saya membaca Roma 3:23, segala rasa bangga terhadap diri sendiri dan sikap suka menghakimi orang lain dan sikap merasakan diri sangat bagus daripada orang lain – telah diruntuhkan oleh Allah. Roma 3 secara keseluruhan menyebabkan saya lebih menyayangi Yesus Kristus, mengajar dan membuatkan saya rendah hati dan ini telah membolehkan saya untuk mengasihi orang yang lain.
Dengan segala kerendahan hati dan syukur ke atas kasih kurnia Allah kepada kita, kasihilah orang lain seperti Kristus mengasihi kita. Adalah lebih mudah untuk kita mengasihi orang lain (lebih-lebih lagi musuh kita) jika kita terlebih dahulu melihat siapa kita yang sebenar dalam Roma 3:23. Bukankah Tuhan Yesus berkata dalam Matius 22:39 berkata “Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri”? Kawan-kawan, kasih bermula dari kerendahan hati. Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
dan semua perasaan bongkak,angkuh,pembenci..sudah di runtuhkan oleh Allah..exactly what i feel ever since..kalau org sudah sindir,dulu bkn main lagi sindir balik..skrg,tiada lagi perasaan itu. malah lebih mengasihi mrk .. great one!
ReplyDelete^^)