Lagu sekolah minggu “Yesus Pokok dan
Kitalah Cabang-Nya” ialah lagu yang sangat popular dan sangat Alkitabiah.
Sesiapa yang menyanyikannya dan mempercayai lirik lagu ini pasti akan
bersukacita apabila ia dinyanyikan bersama-sama. Lagu ini mengingatkan saya
tentang Firman Allah dibawah:
“Akulah pokok anggur yang benar dan
Bapa-Kulah pengusahanya. Setiap ranting pada-Ku yang tidak berbuah,
dipotong-Nya dan setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya, supaya ia lebih
banyak berbuah... Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti
ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada
pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di
dalam Aku. Akulah pokok anggur dan
kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam
dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa”
(Yohanes 15:1-2, 4-5, Terjemahan Baru).
“Buah Roh ialah: kasih, sukacita,
damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan,
pengusaan diri” (Galatia
5:22-23, TB).
Untuk berbuah, ranting mesti
tinggal pada pokok anggur. Ianya mesti hidup dan bukannya kering dan mati seperti kayu bakaran.
Secara rohani, ini bermaksud bahawa seseorang itu mesti dahulu menjadi pengikut
Kristus. Tanpa Roh Kristus hidup dalam diri kita, hanya perbuatan keinginan
tabiat manusia sahaja yang mampu kita lakukan: “perbuatan
cabul, lucah, dan tidak senonoh; dalam penyembahan berhala dan penggunaan ilmu
sihir. Orang bermusuhan dan berkelahi; mereka cemburu, dan mementingkan diri
sendiri. Mereka berpecah dan berpihak-pihak, mereka iri hati, suka mabuk,
berpesta liar, dan sebagainya” (Galatia
5:19-21, Alkitab BM). Buah Roh hanya akan terjadi apabila kehidupan
Kristus, diberikan melalui Roh-Nya, mengalir dalam diri kita. Tinggallah di
dalam pokok anggur, Jesus Kristus, untuk berbuah.
Untuk berbuah, kita mesti tinggal di dalam Kristus. Untuk sentisa berbuah, kita harus sentiasa dijaga dengan baik
(“cultivation”). Oleh itu, Firman juga berkata bahawa Allah Bapa ialah “pengusaha” anggur. Ini bermaksud bahawa
Tuhan Allah sentiasa menjaga kita, memberi cahaya
penyertaan-Nya dalam diri kita, memberi baja
and air untuk kita bertumbuh
secara rohani dengan sihat – sesuai dengan rencana-Nya dalam hidup kita. Jika
kita ingin terus berbuah, kita mesti “tinggal di
dalam Kristus”. Kita harus sentiasa berdoa, membaca, memahami
dan melakukan Firman Allah dan sentiasa bersama dalam persekutuan
orang-orang Kristian (contohnya, di dalam gereja, persatuan pelajar Kristian
dan sebagainya).
Untuk berbuah, kita mesti tinggal di dalam Kristus. Untuk sentiasa berbuah,
kita harus sentiasa dijaga dengan baik. Untuk
menghasilkan buah yang sentiasa baik, kita harus selalu dibersihkan
(“pruning”).
Process ini tidak selalunya senang untuk kita hadapi – tetapi kita perlu juga
melaluinya; sebab walaupun ranting itu berbuah, ia harus “dibersihkan-Nya,
supaya ia lebih banyak berbuah”. Ini melibatkan semua perkara yang
menjadi terutama di dalam hidup kita selain Yesus akan dibersihkan-Nya.
Kadang-kadang ia bererti kita harus mengalami penderitaan (sementara) dan memanggil
kita untuk mengorbankan sesetengah perkara dalam hidup kita – supaya kita dapat
tinggal di dalam Kristus senantiasa. Tujuan utama kita harus “dibersihkan” ialah supaya kita “lebih banyak berbuah”.
Ini ialah kehendak Tuhan Allah dalam hidup kita orang Kristian - “Yesus Pokok dan Kitalah Cabang-Nya” – berbuah. Sentiasa berbuah. Menghasilkan buah yang sentiasa baik. Amen.
Ini ialah kehendak Tuhan Allah dalam hidup kita orang Kristian - “Yesus Pokok dan Kitalah Cabang-Nya” – berbuah. Sentiasa berbuah. Menghasilkan buah yang sentiasa baik. Amen.
“Inilah
hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah:
Mereka saling mengasihi (love), bersukacita (joy),
hidup rukun (peace), sabar (patience),
berbudi (kindness), baik hati (goodness), setia (faithfulness),
rendah diri (gentleness), dan dapat mengawal diri (self-control)”
(Galatian 5:22-23, Alkitab BM, ESV).
Mereka saling mengasihi (love), bersukacita (joy),
hidup rukun (peace), sabar (patience),
berbudi (kindness), baik hati (goodness), setia (faithfulness),
rendah diri (gentleness), dan dapat mengawal diri (self-control)”
(Galatian 5:22-23, Alkitab BM, ESV).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment