Friday, November 2, 2012

Aku mahu Diterima. Aku mahu Dihargai. Aku mahu Diperlukan. Dimanakah Aku boleh mendapatkan Semua itu?

Melalui pengalaman sendiri, melalui pergaulan dengan sesama manusia, dan melalui pemerhatian and komunikasi saya dengan orang lain (lebih-lebih lagi dengan membaca cerita-cerita kamu di Facebook – Watch out!); saya menyedari dan membuat kesimpulan bahawa setiap kita mengingini hubungan dimana kita diterima, dihargai dan diperlukan. Kita semua kadang-kadang terdesak untuk mendapat perhatian daripada orang lain, tetapi selalunya tidak mendapat seperti apa yang kita mahukan... jadi kita kecewa... dan terus mencuba lagi...

Pic taken from: http://fineartamerica.com/
Banyak cerita tentang remaja yang sanggup melakukan sesuatu yang pelik dan merbahaya untuk mendapat perhatian daripada rakan-rakan, dan ramai daripada kalangan orang yang bekerja sanggup melakukan sesuatu yang tidak beretika untuk mencapai kejayaan agar dapat tergolong dalam orang-orang elit yang istimewa. Kita mendengar dan membaca (malah mungkin mengenali atau pernah mengalami) mereka yang bertungkus-lumus untuk mencapai kejayaan duniawi kerana mereka mendengar dusta yang mengatakan bahawa nilai diri mereka terletak pada kualiti dan tahap kemampuan mereka sendiri. Atau, pernahkah kamu mendengar tentang remaja atau orang yang keseorangan yang sanggup menjual badan mereka untuk mengalami hubungan intim and untuk mengisi kekosongan di dalam hati mereka kerana mereka mahu diterima, dihargai dan diperlukan oleh orang lain?

Bagi orang Kristian yang betul-betul sudah mengenal Kristus, semua cubaan sebegini hanyalah perbuatan yang sia-sia sahaja. Ini kerana Tuhan Yesus sendiri sudah menerima, menghargai dan mengingini kita sebelum dunia dibentuk. Kita ialah milik Tuhan, kita bermakna bagi Dia dan kita sudah diterima oleh-Nya ke dalam Kerajaan Allah kerana kematian Yesus di kayu salib. Tidak lagi kita perlu bertungkus-lumus untuk mendapat perhatian orang lain – Tuhan telah memilih kita – bukan sahaja menjadi hamba-Nya, malah menjadi sebahagian daripada keluarga Tuhan. Di dalam Al-Kitab ada tertulis, “Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah dan memang kita anak-anak Allah” (1 Yohanes 3:1).

Rasul Paulus lebih radikal apabila dia menulis inspirasi Roh Kudus tentang bagaimana kemurkaan Tuhan telah dibenarkan dengan kematian Yesus di kayu salib. Dia menyatakan bahawa Yesus telah menyelamatkan kita daripada semua dosa kita dan Yesus telah memulihkan hubungan kita dengan Tuhan apabila kita menerima Yesus sebagai juruselamat dan Tuhan kita. “Kita pun bersukacita kerana apa yang sudah dilakukan oleh Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. Melalui Kristus, kita sekarang dijadikan sahabat-sahabat Allah” (Roma 5:11).

Kesimpulannya: melalui Yesus Kristus, kita sudah diterima, dihargai dan dimiliki oleh Tuhan. Kita bukan sahaja menjadi hamba-Nya, malah kita dianggap Tuhan sebagai anak-anak-Nya sendiri – dan lebih rapat lagi, kita sekarang sudah menjadi sahabat-sahabat Allah.
THINK BIG START SMALL. GO DEEP
Best Blogger Tips

2 comments:

  1. kenapa masih ada di kalangan org sekeliling saya,yg saya rasa mereka melihat luaran saya berbanding dgn yg lain? saya dpt rasa benda ni ada di sekeliling saya. contohnya, kalau org tu cantik sikit,baru mereka nak bawa dia berckp. tp saya?i am the one who need to make a move and talk. and sometimes,tak dipeduli pun. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan #1: Saya tak tahu kenapa...
      Soalan #2: Maybe it's the way you approach people; or the things you says; or the topic you're talking about; or... I don't know. But to be sure, to have relationship with someone is to invest your time and energy. It's a process, not automatic :) Maybe the best thing you can do now is, simply: appreciate those who are with you NOW. How about that?

      Delete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]