“Berhenti, dan ketahuilah
bahawa Aku ialah Allah”
(Mazmur 46:10, terjermahan dari ESV)
(Mazmur 46:10, terjermahan dari ESV)
Saya bukanlah seorang pendengar yang baik (masih belajar lagi), tapi saya sering memerhatikan setiap perkara-perkara kecil yang seseorang itu lakukan apabila berbicara dengan saya. Menjadi pendengar yang baik, saya diajar, memerlukan lebih daripada mendengar bunyi suara seseorang itu. Kita mesti memerhati, melihat gerak-geri badan, nada suara, dan perkataan-perkataan yang digunakan seseorang itu untuk memahami apa yang mereka cuba untuk sampaikan kepada kita. Semua ini adalah lebih kurang sama dengan bagaimana kita mendengar suara Tuhan (tapi lebih lagi).
Pertama sekali, datang kepada Tuhan Allah untuk berdoa kepada-Nya dan bersabar menantikan jawapan-Nya (Mazmur 5:3-4). Tuhan akan lebih mendekatkan diri-Nya kepada kita (Ingat: Tuhan yang datang dulu kepada kita) apabila kita taat dan sentiasa bersedia untuk mendengar-Nya ketika Dia ingin berbicara kepada kita. Carilah masa untuk kamu ‘berhenti’ daripada melakukan apa-apa, tenang, dan mendengar suara-Nya. Seperti kita sukar untuk mendengar perbualan apabila kita berada ditengah-tengah kesibukkan dengan banyak bunyi lain yang mengganggu kita, begitu juga kesukarannya untuk mendengar suara Tuhan jika kita tidak mengasingkan diri kita daripada kesibukan aktiviti-aktiviti harian.
Tuhan Allah itu besar, jadi kita mungkin menyangka bahawa Dia akan berbicara kepada kita seperti suara guruh dengan cahaya kilat atau dengan gegaran gempa bumi atau dengan cahaya api (ya, Tuhan boleh berbuat begitu!). Namun begitu, selalunya, Tuhan sering berbicara dengan “suara yang lembut bagaikan bisikan” (1 Raja-raja 19:12). Berhenti, dengarlah suara Tuhan berbicara kepada kamu secara peribadi di dalam kesenyapan hati kamu. Perhatikan setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan kamu dimana Tuhan ingin berkomunikasi kepada kamu. Lebih kerap kamu mendengar suara Tuhan berbicara, lebih intim hubungan kamu dengan-Nya. Jadilah pendengar yang baik; inilah kehendak Tuhan bagi setiap umat-Nya.
THINK BIG Tetapi... Bagaimana kamu dapat mengetahui adakah suara yang kamu dengar datangnya daripada Tuhan Allah? Perhatikan bahawa apa yang dibisikkan itu adalah berasaskan Firman-Nya dan tidak bercanggah dengan kebenaran Al-Kitab. START SMALL Bagaimana? Dengan “berhenti” seketika, bebas daripada gangguan kesibukkan dunia, dan “ketahuilah bahawa [Tuhan] itu Allah” dengan membaca dan mempelajari Firman-Nya, dan berdoa supaya Roh Allah membuka hati kamu kepada-Nya. GO DEEP Bercakap tentang umat-umat Pilihan-Nya, Tuhan Yesus berkata, “Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku” (Yohanes 10:27).
Halleluyah Bapa!!
ReplyDelete^^) Me