Tuesday, November 13, 2012

Teologi tentang Iman

Beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat” (Ibrani 11:1).
Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan” (Kisah Rasul-Rasul 16:31).

Iman’ yang dinyatakan di dalam Alkitab adalah lebih daripada hanya mempercayai akan sesuatu; ia ialah keyakinan yang kamu sanggup percaya dengan seluruh hidup kamu. Kamu boleh percaya secara teori bahawa ada orang tempatan yang gagah yang boleh membawa kamu menyeberangi Sungai Rajang (atau Batang Rajang di Sarawak) tanpa dimakan oleh buaya; namun adakah kamu betul-betul secara realiti sanggup mempercayai dia untuk membawa kamu menyeberangi sungai itu dengan selamat?
Iman’ akan menjawab: ‘Saya sanggup!

Iman di dalam Kristus bermaksud kamu sanggup mempercayai Dia untuk membawa hidup kamu dengan selamat. Kamu sanggup mentaati Firman-Nya untuk membimbing seluruh kehidupan kamu seperti yang tertulis di dalam Alkitab kerana kamu yakin bahawa ini ialah cara yang terbaik untuk hidup di dalam dan seperti umat Tuhan di Kerajaan Allah [“Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga” (Matius 6:10)]. Kamu juga sanggup mempertahankan iman kamu kepada Yesus dan tabah apabila diperolok-olokkan dan sanggup bertahan apabila diperlakukan dengan kejam atau diseksa – kerana kamu tahu dan pasti bahawa Tuhan Yesus ialah seperti apa yang Dia katakan: “Sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 5:24). Kamu juga sanggup mempercayai setiap janji-Nya tentang keselamatan dan hidup kekal bersama Tuhan Allah di syurga.

Ini ialah iman di dalam Kristus!

Adakah definasi ‘iman’ kamu seperti itu?
Adakah iman kamu berpusat, berfokus hanya kepada Yesus?
Jika ya, berbahagialah kamu.
Jika tidak atau tidak pasti... berdoa
dan mintalah ‘iman’ seperti itu dari Bapamu di Syurga.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

1 comment:

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]