Setiap misi memerlukan
usaha dan ada kos. Misi yang sukar selalunya melibatkan halangan, rintangan dan
pengorbanan. Kenapa TUHAN rela melalui semua itu? Dia rela tetapi sebenarnya
tidak perlu. Alkitab tidak pernah menyatakan bahawa TUHAN serba kekurangan atau
memerlukan apa-apa daripada kita. TUHAN cukup.
Jawapan yang paling tepat
ialah: Dia mahu. Ini ialah "Injil" atau "Berita Baik" bagi
kita! Yesus ialah Anak Allah "melalui Dia segala sesuatu diciptakan...
segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya" (Kolose 1:16;
Yohanes 1:3). Tetapi dalam segala kebesaran-Nya, satu sifat yang seringkali
digunakan untuk Yesus ialah KASIH.
"Allah itu kasih" (1 Yohanes 4:16). Itu sebabnya kenapa Yesus datang.
Ini ialah Berita Baik! 😊⚡📖 #ServeToLead
#RenunganInjilMarkus
Untuk menonton video-video
pendek bagi #InjilMarkus KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment