Dalam Perjanjian Lama,
nabi Yesaya dan nabi Maleakhi sudah bernubuat tentang kedatangan Yohanes
Pembaptis dan Yesus Kristus. Bagaimana mereka tahu? TUHAN telah berjanji kepada
mereka bahawa Penyelamat akan datang dan seorang utusan akan mendahului-Nya
(Maleakhi 3:1) dan menyediakan jalan untuk-Nya (Yesaya 40:3). Dari dulu lagi,
orang sentiasa menantikan kedatangan Penyelamat atau Mesias itu. Dengan memetik
dua ayat ini, Markus (1:2-3) ingin menyatakan kepada kita bahawa Yesus ialah
Penyelamat yang telah dijanjikan itu!
Mengetahui dan mempercayai
bahawa TUHAN sentiasa berpegang kepada janji-janji-Nya, kita sepatutnya tenang
dan bergantung harap kepada-Nya. Semuanya akan terjadi "seperti yang
tersurat" dalam Firman-Nya. Setiap kali kamu membaca atau mendengar
tentang Yesus menurut Alkitab, kamu ingat ini: Janji-Nya bukan hanya pasti
digenapi tetapi Dia juga datang untuk menggenapinya 😊⚡📖 #ServeToLead #RenunganInjilMarkus
Untuk menonton video-video
pendek bagi #InjilMarkus KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment