Ahli Farisi zaman moden menyangkal Yesus dalam Matius 9:1-8 dengan berkata, "Bukan Yesus yang mengampunkan dosa orang itu tetapi Allah. Dia sebagai nabi hanya bercakap bagi pihak Allah." Kalau itu benar (memang salah), jadi kenapa respon beberapa ahli Taurat itu sangat negatif? "Orang ini mengufuri Allah!" kata mereka. Bagi mereka, Yesus berfirman seperti Allah sendiri. Dia bukan bercakap bagi pihak orang lain tetapi diri sendiri, "Dosamu telah diampunkan" (Matius 9:3)
Yesus melihat iman sekawan yang datang kepada-Nya (ayat 2); Dia mengetahui fikiran dan hati ahli Taurat (ayat 4); dan Dia juga berkata, "Aku akan membuktikan kepadamu bahawa di bumi Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa" (ayat 6) dan kemudian menyembuhkan orang lumpuh. Cukup jelas! Tetapi ahli Parisi zaman moden memberi alasan, "Oh, Alkitab diubah oleh manusia..." Bukan hanya menyangkal tetapi juga menyesat orang lain! #ServeToLead #InjilMatius
Untuk mendengar episod ini, KLIK LINK di bawah:
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment