Sebelum COVID-19, ada orang kelihatan senang dan mempunyai banyak harta. Berbelanja besar-besaran dan menunjukkan cara hidup yang mewah. Tetapi selepas COVID-19, barulah kita sedar bahawa semua itu ialah hanya luaran dan lakonkan semata-mata. Secara realitinya: banyak hutang, meminjam sana-sini dan tiada simpanan.
Begitu juga, apabila krisis melanda atau di Hari Penghakiman nanti, barulah kita tahu samada orang itu membina iman dan kehidupan mereka "di atas batu" atau "di atas pasir." Dengar episod podcast ini untuk mendengar komentari dari Injil Matius 7:24-27 #ServeToLead #InjilMatius #ApaAsasKamu
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment