Membaca Alkitab dan membaca novel adalah dua aktiviti yang sama tetapi berbeza dari segi nilainya. Saya membaca novel semata-mata sebagai hiburan. Tetapi apabila saya membaca Alkitab, saya membaca dengan sikap dan tujuan yang berbeza. Membaca Alkitab ialah seperti membaca fikiran dan isi hati TUHAN Allah. Dan setiap kali, Dia akan MENCABAR kita untuk membuat PILIHAN ⏳⌛�⚖ Firman Allah tidak pernah neutral, kita HARUS membuat pilihan!
Dalam Matius 7:13-14, Yesus Kristus menyuruh kita untuk memilih pintu yang sempit dan jalan yang sukar yang menuju ke hidup kekal ✅ dan bukan pintu yang lebar dan jalan yang luar yang menuju kebinasaan ❌ Apa pilihan kamu? #ServeToLead #InjilMatius #PilihanHidup
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment