Apabila keadaan baik, semua orang boleh berjanji itu ini, berkhutbah cantik, menunjukkan siapa yang berkuasa, pilihan raya yang gemilang dan sebagainya. Tetapi apabila keadaan menjadi kritikal, inilah masanya fikiran dan perbuatan berubah, jurang diantara yang mana pemimpin palsu dan yang mana benar menjadi besar. Tetapi masa belum terlambat untuk bertindak... ambil peluang ini.
Jika kamu seorang pemimpin tanya orang yang dalam pemimpinan kamu, "Apa khabar?" dan jadi perihatin. Jika kamu tidak boleh membantu dari segi wang dan makanan, jadilah pendengar yang baik yang cuba untuk memahami perasaan dan keadaan orang lain. Mungkin kamu boleh menjadi penghubung kepada orang yang boleh membantu. Jika kamu staff di universiti, tanya para pelajar. Jika kamu pemimpin CF, tanya ahli-ahli yang lain. Jika kamu anak sulung, tanya ahli keluarga yang lain. Inilah masanya untuk - MEMIMPIN! Jangan hanya selepas hujan, barulah kamu mengenalkan diri... #ServeToLead #AmbilPeduli #MyBrothersKeeper
P.s: Tidak perlu ambil gambar atau video apabila kamu membantu. Jangan jadi hipokrit. Ini bukan tayangan, ini TANGGUNGJAWAB
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment