Wednesday, May 13, 2015

Yesus, Tuhan yang Berbelas Kasihan

Gambar hiasan saja oh... 
Aku tidak datang untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik,
tetapi untuk orang yang dihina masyarakat” (Markus 2:17, BM).

Aku datang bukan untuk memanggil orang yang benar, tetapi orang berdosa
(Markus 2:17, KSZI).

Apa yang berada dalam fikiran Tuhan Yesus apabila dia berfirman sebegini? Apakah rancangan atau rencana-Nya? Kita tidak mungkin dapat mengetahui sepenuhnya fikiran Tuhan. Cuba kamu bayangkan perbuatan ‘aneh’ Tuhan yang suci dan benar ini apabila dia tidak melayani mereka yang cuba untuk menyucikan diri sendiri atau “menganggap diri mereka baik” tetapi datang dan menunjukkan kasih karunia kepada mereka “yang dihina masyarakat” dan “berdosa.” Cuba kamu bayangkan misteri Tuhan yang mencipta kita umat manusia (walaupun dia tahu yang kita akan berbuat dosa terhadap-Nya) semata-mata untuk menebus kita semula. Cuba kamu bayangkan kebijaksanaan-Nya apabila dia berkata bahawa orang yang berdosa dan dihina masyarakat apabila mereka sedar akan kesalahan dan mengakui dosa mereka, mereka akan diampuni. Siapa yang tahu fikiran Tuhan?

Kita tidak boleh memahami sepenuhnya sebab-sebab kenapa Tuhan berbuat begitu. Selama berabad-abad, ahli-ahli falsafah dan para cendikiawan (malah guru-guru agama) tidak dapat memikirkan kenapa Tuhan membenarkan kejahatan berlaku dan membiarkan kita dosa. Ada yang cuba untuk menjawab, namun, tidak ada yang betul-betul meyakinkan dan pasti. Apa yang pasti ialah sebelum dunia diciptakan, Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Kudus sudah menentukan rencana-Nya. Kita tahu (saya tahu) melalui pembacaan Alkitab bahawa Tuhan mencipta kita supaya Dia dikenali dan disembah oleh kita. Tetapi, bagaimana Dia ingin kenali? Jika semuanya sempurna, dunia yang sempurna, dia boleh menunjukkan kekuasaan-Nya, kesucian-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan kreativiti-Nya, semua ciri-ciri ketuhanan-Nya, kecuali satu, iaitu – belas kasihan-Nya. Bagaimana kita boleh mengenali Tuhan yang penuh dengan belas kasihan jika dunia sempurna? Tidak boleh. Dunia yang tidak sempurna harus ada supaya kita mengenal dia sebagai Tuhan yang penuh dengan belas kasihan.

Fikirkan: Tuhan ingin kita mengenali dia (juga) sebagai Tuhan yang berbelas kasihan. Bukan hanya berbelas kasihan, tatapi penuh dengan belas kasihan.  Belas kasihan yang tidak boleh dibandingkan. Belas kasihan yang di luar pemikiran kita. Belas kasihan yang sangat besar sehinggakan mereka yang melihat atau merasai atau mengalaminya akan sentiasa bersyukur dan tidak berhenti-henti menyembah-Nya. Adakah kamu mengenali Tuhan seperti ini? Jadi… Mari kita duduk bersama-sama dengan “pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat” (Markus 2:16) di meja dan makan bersama Yesus. Biar “orang Fasiri” terus merungut, memerhati dan tertanya-tanya. Kita fokus kepada Yesus, Tuhan yang datang sebagai manusia untuk menunjukkan kita belas kasihan-Nya yang nyata. Melalui Yesus kita boleh memahami fikiran Tuhan.

Aku tidak datang untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik,
tetapi untuk orang yang dihina masyarakat
THINK BIG. START SMALL .GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]