Yesus mengampuni seorang perempuan pendosa. Gambar hiasan saja ba. |
“Bapa dan Aku satu”
(Yohanes 10:30, BM).
[Baca Yohanes 10:22-33 sebagai konteks ayat]. “Yesus tidak pernah mendakwa dirinya TUHAN.” Itulah ayat yang selalu
digunakan oleh orang yang tidak percaya dengan kepercayaan orang Kristian
tentang keilahian Yesus. Tetapi kenyataan ini merupakan kenyataan yang mudah
disangkal kerana melalui pengajian Alkitab, terutama sekali melalui Kitab-Kitab
Injil, Yesus memang mengakui bahawa dia Tuhan. Benar, dia tidak pernah berkata,
“Saya Tuhan,” tetapi dia memang
sangat jelas mendakwa diri-Nya Tuhan. Ayat diatas, “Bapa dan Aku satu”, contohnya, merupakan kenyataan yang
jelas walaupun ada yang memutar-belitkan kenyataan ini. “Dia hanya menganggap dirinya mempunyai hubungan dengan Bapa, bukan sama
seperti Bapa,” kata mereka. Tetapi (konteks ayat) orang Yahudi yang
mendengar Yesus berkata begitu beranggapan sebaliknya. Mereka dengan jelas
faham bahawa Yesus sedang menyamakan dirinya dengan Allah Bapa. Oleh itu mereka
ingin merejam Yesus dengan batu dan berkata, “Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!”
(Yohanes 10:33). Jadi, Yesus memang mendakwa dirinya Tuhan.
Setiap kali Yesus
mengampuni dosa, setiap kali orang menyembah dia tanpa halangan, setiap kali
dia berkata, “Akulah…”, dia
mendakwa dirinya Tuhan. Tidak mungkin ada orang yang keliru sekiranya mereka
memahami konteks ayat apabila mereka membaca Kitab Injil tentang Yesus. Tidak
ada orang semasa zaman Yesus yang memahami Alkitab orang Yahudi berani mendakwa
dirinya boleh mengampuni dosa orang terhadap TUHAN. Tetapi Yesus berani. “Dosamu sudah diampunkan” (Matius 9:2-3; Markus 2:7;
Lukas 5:21). Tidak ada orang yang beriman membenarkan orang berlutut dan
menyembahnya atau menbiarkan orang berkata kepadanya, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” (Yohanes 20:28). Tetapi Yesus
kerap kali berbuat begitu (Matius 14:33; 28:9, 17; Lukas 24:52; Yohanes 9:38). Tidak
ada orang yang berani menggunakan nama TUHAN yang suci untuk dirinya sendiri
[Allah berfirman kepada Musa, “Aku adalah AKU!” (Keluaran
3:14), Yahweh]. Tetapi Yesus selalu
berkata begitu, contohnya, “Apa yang Aku katakan
ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, AKU sudah ada” (Yohanes
8:58). Cubaan untuk merejam Yesus kerana mengufuri Allah seringkali berlaku
juga. Orang Yahudi dan musuh-musuhnya faham benar tentang setiap kenyataan
Yesus tentang dirinya.
Fikirkan: Lain kali
apabila ada orang yang mengatakan kepada kamu bahawa “Yesus tidak pernah mendakwa dirinya TUHAN” – jangan layan mereka.
Atau jika kamu yakin, ajar mereka. Dan apabila kamu membaca Alkitab, jangan
baca sambil lewa. Ingatkan diri kamu bahawa Yesus bukan hanya memberi nasihat
yang baik atau menganggap bahawa dia hanya seorang guru rohani yang hebat, Dia
ialah Anak Allah yang setara dengan TUHAN. Firman-Nya
ialah Firman Allah. Yesus ialah TUHAN yang menjelma sebagai manusia. “[Yesus] datang sebagai manusia, dan hidup sebagai manusia”
(Filipi 2:7). Yesus datang untuk kamu dan saya. Inilah TUHAN kita!
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment