Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Allah Bekerja Untuk Kebaikan Orang Yang Mengasihi-Nya


Salah satu konsep yang indah dalam Firman Allah ialah Dia mempunyai rancangan yang istimewa dalam hidup kita, jika kita mengasihi Dia. Dalam Galatia 1:15, Paulus menulis bahawa Allah “telah mengasingkanku daripada rahim ibuku dan memanggilku melalui kasih kurnia-Nya.” Ya, Tuhan ada rancangan-Nya dalam kehidupan Paulus. Tiada apa dalam kehidupan Paulus – samada sebelum atau selepas dia menjadi pengikut Kristus – yang sia-sia. Semasa dia masih muda, dia menjadi murid kepada guru Gamaliel (Kisah Para Rasul 5:34-39), cucu kepada Hillel, antara guru Taurat Musa yang paling terkenal dalam sejarah orang Yahudi.

Semua pendidikan dan latihan Paulus dibawah Gamaliel, masa yang digunakan untuk mengkaji Alkitab dan Hukum Taurat, segala pengetahuan tentang adat nenek moyang orang Yahudi, semuanya merupakan sebahagian daripada rancangan Allah dalam kehidupan Paulus. Tuhan dengan kebijiksanaan-Nya telah menyediakan minda Paulus dengan Hukum Taurat dan telah meletakkan kasih kurnia-Nya dalam hatinya. Dengan ini, Paulus boleh bersaksi bahawa bukan Hukum Taurat yang boleh menyelamatkan kita tetapi hanya dengan darah Yesus Kristus, iman melalui kasih-kurnia-Nya. Bila Paulus bertemu dengan Tuhan Yesus segala-galanya telah berubah.

Allah telah mendahului setiap kehidupan kita yang percaya dan mengasihi-Nya. Dia telah menyediakan kita sebelum kita lahir ke dunia. Dia ada rancangan yang indah dalam setiap kehidupan kita. “Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan” (Efesus 2:10).

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Allah berfirman, Abraham memandang; Abraham percaya, Allah berkenan



“TUHAN membawa Abram ke luar lalu berfirman, "Pandanglah ke langit dan cubalah hitung bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang."
(Kejadian 15:5)

Kenapa TUHAN berfirman kepada Abram untuk ke luar, memandang langit dan menyuruh dia menghitung bintang-bintang ketika Dia berjanji kepada Abram bahawa dia akan menjadi bapa segala bangsa? (Nama Abram ditukarkan kepada 'Abraham' yang bermaksud 'bapa segala bangsa'). Kerana TUHAN tahu bahawa Abraham tidak boleh membayangkan betapa besar janji Allah kepadanya. Kerana TUHAN mahu Abraham mendongak ke langat sebagai peringatan bahawa Dia yang berjanji dan berkuasa untuk melaksanakannya. Kerana TUHAN ingin meletakkan suatu gambaran baru di dalam fikiran Abraham.

Bagi Abraham dan Sarah, mereka sudah tua dan tidak mempunyai zuriat (lagipun Sarah mandul), maka secara logik dan semula jadi, janji Allah itu merupakan suatu perkara yang tidak mungkin - mustahil! Tetapi setiap kali Abraham melihat bintang-bintang di langit, dia akan diingatkan semula tentang janji Allah kepadanya. Dia melihat janji itu melalui mata imannya. Kejadian 15:6 menulis respon kepada 15:5, "Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya." Allah berfirman, Abraham memandang; Abraham percaya, Allah berkenan.

Bila kamu membaca Firman dan/atau bila Allah berfirman kepada kamu, adakah kamu memandang dengan mata imanmu? Apa yang kamu gambarkan di dalam fikiran kamu, itu yang akan menentukan tahap kepercayaan kamu. Janji Allah tetap teguh dan benar tetapi kepercayaan kita bergantung kepada mata iman kita. Ingat, "Abraham percaya" dahulu baru "TUHAN berkenan" kepadanya (Ini bukan tentang isu keselamatan). Kamu harus melihat gambaran itu di dalam fikiran kamu dulu sebelum ia digenapi di dalam kehidupan kamu. Kenapa TUHAN berkali-kali mengingatkan Abraham tentang janji-Nya dari satu peristiwa ke peristiwa seterusnya? Kerana Dia ingin meletakkan gambaran baru itu di dalam fikiran Abraham.

Ubah apa yang kamu gambarkan di dalam fikiran kamu, maka, kehidupan kamu juga akan berubah. Berfikiran negatif dan tidak-mungkin ialah kepakaran kita manusia. Jadi, untuk mengubah gambaran di dalam fikiran kita, cara yang terbaik ialah dengan membaca, memahami dan menghafal Firman Allah. Salah satu cara lagi ialah dengan melihat ciptaan Allah. Pandanglah ke langit dan lihat bintang-bintang... Jika kamu rajin, bawa kalkulator dan kira!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, November 28, 2018

Angelus' Quote: Jangan Berputus Asa


"Terah membawa Abram anaknya... keluar bersama-sama dari Ur-Kasdim untuk pergi ke Tanah Kanaan. Tetapi ketika sampai di Haran, mereka pun menetap di sana"
(Kejadian 11:31,
AVB)

Kenapa Terah berhenti di Haran? Bila saya melihat map dari Ur-Kasdim ke Tanah Kanaan, perjalanan Terah dan keluarganya memang sukar. Terah ada banyak haiwan ternakan, harta benda, keluarga dan sanak saudara. Lagipun mereka hanya berjalan kaki atau menunggang keldai (atau unta?) 4,000 tahun dahulu. Mungkin setelah sekian lama mereka mengembara, Terah berkata, "Saya sudah tidak larat lagi... Sampai bila? Saya tahu ini bukan Tanah Kanaan, tetapi lebih baik saya dan keluarga menetap di sini. Di sini nampak baik."

Mungkin seperti Terah, bapa Abraham, kamu sudah bersedia untuk berputus asa. "Saya sudah tidak larat"; " Sampai bila?"; "Di sini nampak baik." Kamu sudah pergi dan hampir mencapai impian dan cita-cita kamu, sekarang kamu sudah mahu berhenti? Kamu sudah selesa dengan keadaan kamu sekarang? Kamu berhenti di 'Ur-Kasdim' dan bukannya 'Tanah Kanaan'? Mungkin Terah tidak sedar bahawa Tanah Kanaan juga dipanggil (dalam bab-bab seterusnya) Tanah Perjanjian, "tanah yang berlimpah-limpah susu dan madu"?

Jika kamu sudah hampir berputus asa, saya ingin mencabar kamu untuk meneruskan 'pengembaraan' dalam kehidupan kamu. Adakah impian kamu datang dari TUHAN dan/atau akan memberikan kemuliaaan kepada-Nya? Jika ya, jangan berputus asa! Ambil balik bagasi kamu, simpan balik khemah kamu, kemas peralatan kamu dan mula lagi. "Nampak baik" tidak semestinya yang terbaik untuk kamu. Keluar. Pergi. Maju. Kamu lebih dari pemenang. Kamu diciptakan untuk melakukan kehendak-Nya. Berdoa supaya kamu dapat melihat visi Allah dalam impian kamu.

Sekarang kamu mungkin tertangguh... Tidak apa. Singgah di 'Ur-Kasdim' itu perlu, cuma, jangan menetap di sana. Malam ini atau esok pagi, dongakan matamu ke arah 'Tanah Kanaan'... Keluar... Pergi... sehingga kamu sampai ke destinasi. Jangan berputus asa. Jika TUHAN yang memberi visi, Dia akan juga memberikan kekuatan kepada kamu.

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Jadi Seperti Abraham, Keluar Daripada Zon Selesa Kamu


"Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi"
(Ibrani 11:8,
AVB)

Mungkin Abraham sedang berdoa, mungkin Abraham seorang yang berfikiran berbeza, mungkin Abraham ada impian dia sendiri, tetapi dia mungkin takut untuk bertindak. Walau apapun, TUHAN memanggil Abram keluar daripada zon selesa. Bila TUHAN berfirman dan bila umat-Nya bertindak, segala kehendak-Nya akan terjadi. Pada masa yang sama, impian kita yang selaras dengan kehendak-Nya akan menjadi kenyataan.

"Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya" - dia sampai ke Tanah Perjanjian di Kanaan yang subur dan kaya. Apa yang lebih berharga lagi ialah Abraham memiliki hubungan yang akrab dengan TUHAN, menjadi sahabat-Nya. Melalui suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, iman dan keraguan, Abraham terus bergantung kepada TUHAN. Ini ialah "warisannya" yang paling berharga. Semua disebabkan dia sanggup keluar daripada zon selesa.

Berbeza dengan Abraham, bapanya Terah juga pergi keluar daripada tempat asalnya tetapi dia berputus asa dan berhenti di tengah jalan. "Ketika sampai di Haran, [Terah dan keluarganya] menetap di sana" (Kejadian 11:31). Apa yang Terah mahu ialah keselesaan dan hidup biasa-biasa, jadi, dia tidak dapat menikmati berkat TUHAN yang lebih besar lagi. Dia menetap. Jika Terah bersikap seperti Abraham, mungkinkah dia juga akan menikmati kebaikan di Tanah Perjanjian dan mempunyai hubungan yang akrab dengan TUHAN? Mungkin iya, mungkin tidak. Kita tidak tahu kerana dia tidak mengambil risiko dan keluar daripada zon selesa. Alang-alang.

Jangan jatuh cinta dengan zon selesa. Zon selesa tidak akan membangkitkan iman kamu. Memang akan kurang konflik, masalah dan kegagalan jika kamu berada di zon selesa tetapi tanpa semua itu, bagaimana kamu tahu bahawa iman kamu itu hidup? Bagaimana kamu dapat merasa pertolongan TUHAN jika kamu tidak ada masalah? Jadi seperti Abraham, "dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi." Dia mungkin tidak pasti tentang arah dan kedudukan yang dijanjikan kepadanya tetapi dia "PERGI", keluar daripada zon selesa kerana dia tahu Siapa yang mengarahkannya dan Siapa yang duduk ditakhta hidupnya. Keluar daripada zon selesa kamu. Banyak lagi yang TUHAN ingin beri kepada kamu. Terus melangkah dan terus percaya. Mahu menjadi seperti Abraham atau Terah?

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Jika Allah Memihak Kepada Kita, Siapa Dapat Melawan Kita?


"Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri, tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua. Oleh itu, tidakkah Dia, bersama Anak-Nya itu, juga akan memberikan segala-galanya kepada kita dengan rela?"
(Roma 8:31-32,
AVB)

Setiap hari, TUHAN menabur benih-benih baru (memberi, memberkati, menyediakan) ke dalam hati kamu. Dia memenuhi kamu dengan penuh harapan dan keinginan supaya kamu berbuah lebat, bertumbuh dan menjadi berkat.

Jangan benarkan pemikiran negatif dan tidak-mungkin 'membantutkan' saluran berkat TUHAN kepada kamu. Jika Dia memberi, terima; bila Dia memberkati, ucapkan puji syukur; Dia menyediakan, percaya. Jika TUHAN memihak kepada kamu, kamu tidak akan kalah diakhirnya. Dia boleh menyediakan jalan apabila kamu dalam kebuntuan. Dia boleh membuka pintu yang tidak boleh ditutup oleh sesiapa pun. Dia boleh menempatkan kamu di tempat yang betul, pada masa yang tepat. Dia mampu menjadikan impian kamu - yang selaras dengan kehendak-Nya - menjadi kenyataan.

Masa di sekolah dulu, bila saya ditimpa masalah, walaupun hubungan saya dengan abang saya tidak rapat ketika itu, saya pasti bahawa abang saya akan berlawan untuk saya. Sekarang, bayangkan orang itu ialah TUHAN! Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Sila jawab...

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Serve and You'll Become Rich!


Most of the time, near the elevator (this is for the psychological purpose, I assumed), when you walked at any of the shopping malls, you'll smell delicious cookies. That's Famous Amos cookies! These handmade cookies are expensive but no doubt, superbly delicious! When I read the concise history of Famous Amos at the back of the pack, I was very encouraged (this, I also assumed, is part of the psychological purposes). Here's how the cookies became famous:

"Originally, Wally Amos, a true cookies lover, baked his cookies to share with his friends. Once he perfected the ultimate chocolate chip cookies, he started using them as his calling card and as thank-you gifts. As Wally made his rounds in his entertainment business, more and more of his friends and clients asked for another bag of Wally Amos Cookies. Finally, with the backing of several Hollywood personalities, Wally launched The Famous Amos Company in 1975."

When I read about Wally Amos' story, I remember one of Zig Ziglar's famous quotes (oh, I used to listen to See You at the Top audiobook every day!): "You will get all you want in life, if you help enough people get what they want." That mean, first, you want to serve others! Wally initially baked cookies to share with his friends and clients. He wants to serve them. Soon, people want more of his cookies - he delivered what people want - and so he became the channel of blessing to others and himself (automatically) were blessed. From the desire to serve/share with others, he built his company and inevitably became rich! By serving and giving, he already a rich man in his heart and soul.

Do you want to be rich? (Famous, I'm not sure). Then, first – SERVE.

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Who You Rather Be, a Reading Person or a Boring Person?


A research says that "reading engages the mind. Reading materials, by exercising our memory and imagination, can contribute to happiness in ways similar to active positive thinking. Regular readers are about 8 percent more likely to express daily satisfaction” (Scope, 1999). Even if we don’t read any research at all, we know that those who read books benefit from what they learn and entertainment or inspirations they receive. In addition to that, readers get to exercise their brain and feel satisfied that they are spending their time wisely.

Questions: Which would you choose to be, a person with an ever-decreasing attention span, or a person with an ever-increasing attention span? A person with access to the second- and third- work that would have been considered rubbish two decades ago, or a person with access to the work of the greatest minds we have ever known? A person with access to limited same basic story with the same basic characters, or a person with access to hundreds of choices that span nearly an infinite imagination?

Last question: Which would you rather be, a person who usually spends his or her free time in front of the television, the internet and smartphone, or a person who usually spends his or her free time reading? Would you rather be a boring person or a reading person? (Bad grammar, I know. Rather than "a reading person" it should be "a reader," right? Well, I don't want to be a boring person).

Reading is important for me because as Stephen King says, “If you don't have time to read, you don't have the time (or the tools) to write. Simple as that.”

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]