Saturday, July 4, 2020

Kamu Akan Dibenci Kerana Yesus Kristus dan Nama-Nya (Matius 10:21-23)



[Gambar: Stefanus direjam, Kisah Para Rasul 7] Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya, "Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana nama-Ku" (Matius 10:22). "Semua orang" disini merujuk kepada majoriti orang, jelas sekali orang yang percaya tidak berbuat begitu. Tetapi ada apa dengan sentimen membenci ini? Mari saya beri satu contoh:

Pernah kamu mendengar khutbah tentang Tuhan Yesus Kristus (menurut Alkitab) di TV13? Pernah kamu menonton kesaksian daripada orang yang menerima-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat di TV12? Pernah kamu mendengar nama-Nya disebut dalam puji sembah secara langsung di TV11? Apa terjadi jika ada? Siaran itu akan diharamkan! Rusuhan terjadi! Laporan polis!

Saya tidak meragui hak dan polisi penyiaran (tidak ada masalah, sudah terbiasa), apa yang saya ingin sampaikan ialah sentimen tentang "nama-Nya" ini ialah suatu realiti #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius77 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]