Bayangkan semangat dan
keyakinan Yohanes Pembaptis apabila dia berseru kepada orang ramai di gurun di
Yudea bahawa Kristus atau Mesias akan datang untuk membaptis orang dengan Roh
Kudus dan api dan akan menghakimi orang yang tidak bertaubat (baca Matius
3:11-12). Dia sendiri juga bersaksi bahawa Yesuslah orang itu! Malah dia
berkata bahawa Yesus ialah "Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat
manusia!" (Yohanes 1:29) dan "Dialah Anak Allah" (1:34).
Tetapi selepas dia
dipenjarakan (Matius 4:13), hal-hal ini belum terjadi dan sangat nyata
sepanjang pelayanan Yesus. Keraguan mulai muncul. Keyakinan menjadi kekeliruan.
Iman menjadi goyah. Yohanes bertanya kepada Yesus, "Adakah Tuan ini orang
yang akan datang itu, atau perlukah kami menunggu seorang yang lain?"
(Matius 11:3). Apa respon Yesus? Apa yang terjadi kepada Yohanes? Bagaimana
kita harus mengendalikan keraguan? 🤔☺📖 #ServeToLead #InjilMatius
Untuk mendengar episod
Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius84 ATAU
Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment