Saturday, July 4, 2020

Lima (5) Cara Untuk Mengurangkan Isu Perkauman



Isu tunjuk perasaan di Amerika #BlackLivesMatter sangat membimbangkan (lagi membimbangkan ialah hero-hero keyboard yang memberi komen tanpa berfikir. Bak kata tajuk buku Khairul Abdullah, "Mentaliti Jamban"). Tetapi pada masa yang sama juga, ia sangat mendorong. Kenapa? Kerana ini juga memberi peluang kepada kita untuk berfikir dan menilai isu perkauman yang kita sendiri - rakyat Malaysia - ada.

Saya masih ada prejudis, saya masih menghakimi orang lain dan saya masih ada isu tentang perkauman. Tetapi sangat-sangat kurang berbanding dengan dahulu. TIDAK ada orang yang betul-betul neutral atau berkecuali dalam isu ini. Jadi, marilah kita sama-sama mengakui dan berusaha untuk mengurangkannya. Ini lima (5) cara yang saya sarankan (lihat gambar) dan berikut ialah penjelasan ringkas:

#1 Setiap orang Malaysia ada keistimewaan kaum kita sendiri. Ada yang banyak, ada yang sedikit, tetapi tetap ada. Satu kaum ada hak istimewa dari segi ekonomi; satu kaum ada kelebihan dari segi bahasa; beberapa kaum ada hak Bumiputera; dan sebagainya. Pekerjaan, perniagaan dan peluang yang kamu ada (atau tidak) sekarang harus dinilai.

#2 Selalunya 'bias' atau prasangka kita datang dari latarbelakang keluarga. Setiap pendidikan bermula dari rumah. Kemudian, dari keadaan sekeliling. Media massa dan social media juga memainkan peranan yang besar. Ahli-ahli politik dan parti-parti politik juga banyak menyumbang kepada isu perkauman. Dan juga dari sesetengah kepercayaan agama (kadang-kadang isu perkauman datang dari ucapan agama dari rumah ibadat). Jadi, kenalpasti dari mana prasangka kamu datang.

#3 Satu lagi pengakuan: di sekolah, saya suka bergurau dan berjenaka (Ya, saya memang lucu orangnya! Puji diri sendiri 🤣). Ada masanya saya menggunakan karakteristik-karakteristik sesuatu kaum untuk berjenaka. Memang kreatif tetapi berdosa. Maaf, sudah bertaubat. Begitu juga, komen-komen di social media sangat menyakitkan hati. Tidak intelektual, tiada isi dan selalu keluar dari konteks. Profile bukan main alim dan soleh tetapi komen macam iblis!

#4 Untuk point ini, saya cadangkan kamu menonton video LEGASI.tv Interview Special S.1 E.9 bersama dengan Mark Raj yang bertajuk "Saya Bangsa Malaysia" > KLIK DI SINI > https://youtu.be/ITZXneMMtFo Banyak cadangan-cadangan bernas yang dikongsikan Mark.

#5 Be a hero, not a bully! Apabila kawan kamu dihina kerana kaum dan warna kulitnya, pertahankan dia. Apabila kamu membaca post atau komen yang berunsur perkauman, DELETE atau UNFOLLOW (kalau kamu SHARE, kamu menjadi penyebar berita buruk itu. Fikir!). Apabila kamu cuba untuk menegur atau melakukan sesuatu atas sebab tanggungjawab atau tugas, cuba pisahkan kaum dia daripada perspektif kamu (Contohnya, kalau Richard yang berbangsa iban, pekerja kamu, kelihatan sangat malas. Maka, Richard yang malas bukan kaum iban. Atau, kalau seorang lelaki curang kepada kamu bukan semua orang lelaki curang juga!)

Banyak lagi cara yang lain, tetapi lima (5) cara ini yang paling asas pada pendapat saya. Bagaimana pula dengan kamu? Kongsikan pendapat dan cara yang kamu rasa sangat berkesan untuk mengurangkan isu perkauman. Komen di bawah 👇😉🙏 #ServeToLead #GrowingLeader #SpiritualLeader #KurangkanPrejudis #KurangkanIsuPerkauman #SayaBangsaMalaysia


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]