Showing posts with label Meragui. Show all posts
Showing posts with label Meragui. Show all posts

Tuesday, May 25, 2021

Berdoa Dengan Iman Tanpa Ragu (Matius 21:20-22)


Yesus Kristus mengajar para murid-Nya:
“Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika kamu beriman tanpa ragu, kamu dapat melakukan begitu juga... Apa sahaja yang kamu minta dalam doa dengan iman, akan kamu terima" (Matius 21:21-22). Eh, berdoa semudah itu? Bolehkah kita mencapai "tanpa ragu"? Betulkah "apa sahaja"? ���

Sebelum ini saya berdoa untuk mendapat kereta yang baru, kenapa tidak terjadi? Bila saya berdoa tentang hal A, kenapa hal B yang dijawab? Seorang kawan saya menghidapi kanser tulang, sudah berdoa, kenapa diakhirnya dia meninggal dunia juga? Mari saya jelaskan apa itu "doa", "iman", "tanpa ragu" dan minta "apa sahaja" dalam konteks petikan ini ��� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI ▶▶▶Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius151 ◀◀◀

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Ketidakpercayaan Yang Menghindari Mukjizat (Matius 13:53-58)

 

Yesus Kristus pergi ke Nazaret dan "Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, 'Dari manakah Dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah Dia mendapat kuasa melakukan mukjizat? Bukankah Dia anak tukang kayu? ...Dari manakah Dia mendapat semua ini?' Dengan demikian mereka enggan menerima-Nya" (Matius 13:54-57)

Pada mulanya, mereka "hairan" atau terjemahan yang lebih baik lagi iaitu "takjub" atau "amazed" dalam Bahasa English. Dari "takjub" kepada "enggan menerima-Nya" apa yang terjadi? Apakah empat peringkat penolakan? Bagaimana caranya untuk mengatasi ketidakpercayaan? 😊⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius111 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Empat (4) Sebab Iman Menjadi Goyah: Bagaimana Untuk Mengatasinya (Matius 11:2-6)



Saya pernah berfikir begini, "Jika TUHAN tidak wujud, jadi semua perkara yang saya percaya dan lakukan itu [Kristiani] adalah sia-sia belaka." Saya belajar tentang sejarah agama, tentang atheism, tentang logik. Mencari sebanyak mungkin 'kesalahan' untuk menolak kebenaran tentang Yesus Kristus. Dan saya mulai meragui kewujudan Tuhan atau apa-apa yang rohani. Sejak daripada itu, iman saya turun menjunam... hampir kosong.

Tetapi sekarang - oleh kerana kasih kurnia-Nya - dalam pergumulan yang hampir berakhir dengan penolakkan, keraguan itu akhirnya mencetus kebangkitan iman saya! Apakah empat sebab iman kita menjadi goyah? Kenapa ia terjadi? Bagaimana untuk mengatasinya? 📖⚡💪 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius85 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Apabila Yohanes Pembaptis Meragui Yesus Penyelamat (Matius 11:1-6)



Bayangkan semangat dan keyakinan Yohanes Pembaptis apabila dia berseru kepada orang ramai di gurun di Yudea bahawa Kristus atau Mesias akan datang untuk membaptis orang dengan Roh Kudus dan api dan akan menghakimi orang yang tidak bertaubat (baca Matius 3:11-12). Dia sendiri juga bersaksi bahawa Yesuslah orang itu! Malah dia berkata bahawa Yesus ialah "Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!" (Yohanes 1:29) dan "Dialah Anak Allah" (1:34).

Tetapi selepas dia dipenjarakan (Matius 4:13), hal-hal ini belum terjadi dan sangat nyata sepanjang pelayanan Yesus. Keraguan mulai muncul. Keyakinan menjadi kekeliruan. Iman menjadi goyah. Yohanes bertanya kepada Yesus, "Adakah Tuan ini orang yang akan datang itu, atau perlukah kami menunggu seorang yang lain?" (Matius 11:3). Apa respon Yesus? Apa yang terjadi kepada Yohanes? Bagaimana kita harus mengendalikan keraguan? 🤔☺📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius84 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]