Saturday, May 16, 2020

Apabila Berpuasa, Jangan Bermuka Monyok (Matius 6:16-18)


Orang Farisi* berpuasa 2 kali seminggu (Lukas 18:12) iaitu pada hari Isnin dan Khamis padahal dalam Perjanjian Lama, berpuasa hanya ditentukan pada Hari Pendamaian (Imamat 23) iaitu sekali setahun. Kebanyakan berpuasa dalam Alkitab adalah berdasarkan keperluan, situasi dan keadaan. Tetapi untuk menunjukkan 'kesalihan' kepada orang ramai, mereka menetapkan hari-hari berpuasa. Yesus berkata mereka sengaja menunjukan "muka lesu" dan "memperlihatkan wajah menderita" (Matius 6:16). Kalau mereka ada social media pada masa itu, mereka mungkin akan post gambar muka monyok dan menulis, "Hai guys, saja nak share. Saya sedang berpuasa sekarang"

Okay serius... Apa maksud berpuasa? dan apakah tujuannya? Selamat mendengar episod podcast kali ini tentang berpuasa #ServeToLead #InjilMatius 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]