“[Kamu] mestilah
terus berpegang kepada segala yang telah kamu pelajari dan yakini,
kerana kamu tahu daripada siapa segalanya telah kamu pelajari”
kerana kamu tahu daripada siapa segalanya telah kamu pelajari”
(2 Timotius
3:14, AVB)
Salah satu konsep yang
indah dalam Firman Allah ialah Dia mempunyai rancangan yang istimewa dalam
hidup kita, jika kita mengasihi Dia. Dalam Galatia 1:15, Paulus menulis bahawa
Allah “telah mengasingkanku daripada rahim
ibuku dan memanggilku melalui kasih kurnia-Nya.” Ya, Tuhan ada rancangan-Nya
dalam kehidupan Paulus. Tiada apa dalam kehidupan Paulus – samada sebelum atau
selepas dia menjadi pengikut Kristus – yang sia-sia. Semasa dia masih muda, dia
menjadi murid kepada guru Gamaliel (Kisah Para Rasul 5:34-39), cucu kepada
Hillel, antara guru Taurat Musa yang paling terkenal dalam sejarah orang
Yahudi.
Semua pendidikan dan
latihan Paulus dibawah Gamaliel, masa yang digunakan untuk mengkaji Alkitab dan
Hukum Taurat, segala pengetahuan tentang adat nenek moyang orang Yahudi,
semuanya merupakan sebahagian daripada rancangan Allah dalam kehidupan Paulus.
Tuhan dengan kebijiksanaan-Nya telah menyediakan minda Paulus dengan Hukum
Taurat dan telah meletakkan kasih kurnia-Nya dalam hatinya. Dengan ini, Paulus
boleh bersaksi bahawa bukan Hukum Taurat yang boleh menyelamatkan kita tetapi hanya
dengan darah Yesus Kristus, iman melalui kasih-kurnia-Nya. Bila Paulus bertemu
dengan Tuhan Yesus segala-galanya telah berubah.
Allah telah mendahului
setiap kehidupan kita yang percaya dan mengasihi-Nya. Dia telah menyediakan
kita sebelum kita lahir ke dunia. Dia ada rancangan yang indah dalam setiap
kehidupan kita. “Kerana kita ini buatan-Nya,
dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah
disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan” (Efesus 2:10).
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment