“Jauhkan hamba-Mu
daripada dosa yang sengaja;
jangan sampai aku
dikuasainya.
Supaya aku bebas daripada
kesalahan,
bersih daripada keingkaran
yang berat”
(Mazmur 19:13,
AVB)
Kebanyakan orang Farisi
dan mereka yang berkedudukan dikalangan orang Saduki yang pernah bersemuka
dengan Tuhan Yesus berkemungkinan besar merupakan para guru Paulus (atau Saul,
namanya sebelum dia berubah) dan rakan-rakan semuridnya. Istilah Farisi bermaksud, secara ringkas, mereka
yang ‘dipisahkan’ atau ‘diasingkan’ untuk menguduskan diri dan
devosi kepada Allah. Tetapi pada masa Perjanjian Baru, iaitu pada masa Yesus,
istilah Farisi lebih merujuk kepada mereka
yang munafik dan hipokrit dalam hal agama dan kepimpinan.
Matius 23
merupakan bab dimana Yesus mengecam orang Farisi, orang Saduki dan para ahli
Taurat. Bila Yesus berfirman kepada orang ramai tentang mereka, kemungkinan
Paulus ada dikalangan orang Farisi. Sebagai contoh, Yesus berkata bahawa mereka
meletakkan beban agama kepada orang tetapi mereka tidak mahu menolong (ayat 4);
mereka melakukan hal agama supaya dilihat oleh orang ramai (ayat 5); mereka
suka dilayani dan dianggap penting (ayat 6); dan mereka bukan hanya tidak akan memasuki
Kerajaan Syurga tetapi mereka juga akan menghalang orang lain daripada masuk.
Adakah ciri-ciri orang munafik
dan hipokrit dalam Matius 23 ada pada kamu dan saya? Baca Matius 23. Umat Allah tidak perlu takut untuk memeriksa motif
dan kelakuan berdasarkan Firman Allah. Pengikut Kristus harus berani mengambil
risiko dan bertindak untuk bertanya kepada TUHAN supaya memeriksa hati, fikiran
dan sikap kita. Minta Allah menunjukkan kepada kita kelemahan yang harus kita
perbaiki dan dosa yang perlu kita bertaubat. Dengan cara ini, TUHAN boleh
memberkati, menguatkan dan menyembuhkan kita. Daripada orang ‘farisi’ kita
menjadi pengikut Kristus yang sebenar.
“Semoga segala yang
kututurkan
dengan lidah dan
kurenungkan
dalam hati diterima
oleh-Mu,
Ya TUHAN, Batu Pejalku dan
Penebusku”
(Mazmur 19:14)
(Mazmur 19:14)
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment