Saturday, December 14, 2013

Cabaran untuk Misi: Pergilah! Ini ialah Tanggungjawab Kamu secara Peribadi

Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah
kepada seluruh umat manusia” (Markus 16:15, BM)

Kita hanya boleh menerima penyelamatan melalui kasih kurnia TUHAN dengan iman kita kepada Yesus Kristus sahaja – bukan melalui pekerjaan manusia. Namun begitu, ini tidak bermaksud selepas kita mendapat keselamatan kita bebas untuk melakukan apa saja. Kita sekarang mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus kepada orang lain. Ini ialah bukti atau buah Roh bahawa kita benar-benar telah mengenal TUHAN dan bersyukur atas kasih kurnia-Nya.

Walaupun TUHAN berfirman kepada Yehezkiel tentang tanggungjawab dia sebagai nabi kepada umat Israel, khususnya, TUHAN juga seakan-akan berbicara tentang tanggungjawab kita kepada setiap individu yang belum mengenal-Nya:
Jika Aku memberitahukan bahawa seorang yang jahat akan mati, tetapi engkau tidak menyampaikan amaran-Ku kepadanya agar mengubah kelakukan supaya dia selamat, maka dia akan mati sebagai seorang berdosa, dan Aku menganggap engkau bertanggungjawab terhadap kematiannya. Tetapi jika engkau menyampaikan amaran itu kepada seorang yang jahat namun dia tetap berbuat jahat, maka dia akan mati sebagai seorang yang berdosa, tetapi engkau akan selamat.” (Yehezkiel 3:18-19, BM).

Bagaimana dengan kesalahan kita jika kita tidak memberi amaran kepada pemandu lori apabila kita tahu bahawa ada gaung di hujung jalan; atau apabila kita gagal memberi amaran kepada seorang buta yang sedang berjalan menuju ke longkang yang dalam; atau melihat seorang kanak-kanak lemas tetapi tidak cuba untuk menyelamatkannya; atau kita tidak memberitahu kepada jiran bahawa rumah mereka sedang terbakar? Bukankah semua ini suatu kesalahan?

Dari segi moral dan gerak hati manusia, kita tahu bahawa kita bertanggungjawab untuk memberitakan semua amaran di atas kepada mereka yang bakal menjadi mangsa. Tanggungjawab kita sebagai anak-anak TUHAN secara individu adalah lebih lagi. Kita bukan sahaja mempunyai gerak hati dan moral, malah Roh Kudus sekarang ada bersama kita. Kita bertanggungjawab untuk menyampaikan amaran TUHAN kepada setiap orang bahawa hanya Tuhan Yesus sahaja yang boleh menyelamatkan seluruh umat manusia daripada dosa dan api neraka selama-lamanya. Hanya Tuhan Yesus sahajajalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tiada seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui [Yesus]” (Yohanes 14:6). Ini ialah sukacita dan tanggungjawab kita secara individu kepada seluruh umat manusia.

Sekarang kita tahu bahawa secara individu – antara kita dengan TUHAN – kita bertanggungjawab untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus. Walaupun (jika) ahli keluarga, ibubapa, anak-anak, pasangan, saudara saudari seiman atau gereja kamu tidak mahu atau suam-suam kuku untuk melakukannya – kamu perlu. Kerana kasih kamu kepada TUHAN dan kerinduan kamu kepada orang lain, kamu harus terus taat kepada perintah-Nya.

Korbankanlah masa kamu untuk berdoa dan mengambil tahu tentang kaum, bangsa atau negara yang belum mengenal TUHAN. Luangkan masa untuk pergi melihat orang disekeliling kamu dan mengambil peluang yang ada untuk memberitakan Berita Baik. Lebih baik lagi, pergilah melakukan pelayanan misi melalui gereja kamu atau menyertai organisasi misi dan penginjilan Kristian untuk jangka masa yang singkat atau lama. Nescaya mata kamu akan terbuka untuk melihat betapa terdesaknya keperluan rohani manusia untuk menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka.

Akhir sekali, gunakanlah wang duniawi kamu untuk Kerajaan Allah yang kekal. Hati dan perhatian kita akan tertumpu kepada di mana kita meletakkan “harta” kita. Jika “harta” kita tertumpu kepada pakaian, makanan, minuman dan untuk kepentingan diri sendiri, maka di situ jugalah hati dan perhatian kita. Yesus berfirman: “Jangan kumpulkan harta di dunia... Kumpulkanlah harta di syurga... Lakukan hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!” (Matius 6:19-21).

Ingat: Kamu ada tanggungjawab secara peribadi untuk
[meng]khabarkanlah Berita Baik daripada Allah
kepada seluruh umat manusia”.
Oleh itu, “pergilah!”
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]