“Kamu berkata, ‘Masih empat bulan
lagi sebelum musim menuai.’
Tetapi Aku berkata kepada kamu,
pandanglah ladang yang sudah menguning, siap
untuk dituai!”
(Yesus Kristus, Yohanes 4:35, BM)
Ramai orang Kristian tidak menpunyai visi atau pengetahuan
atau beban
terhadap orang yang belum mengenal Tuhan Yesus. Oleh itu, saya melihat banyak
pembaziran yang dilakukan untuk membina gereja yang besar dan cantik dan untuk
membeli peralatan-peralatan teknologi yang canggih (dalam skala yang
berlebihan) sementara pada masa yang sama ramai lagi orang di luar sana tidak
pernah atau berpeluang langsung untuk mendengar Berita Baik tentang Yesus Kristus. Jika kita benar-benar melihat
dunia seperti mana mata Yesus melihat, kita tidak mungkin akan membazirkan wang
atau harta benda kita untuk batu-bata, konsert-konsert, persembahan hiburan
semata-mata – tetapi untuk menjangkau jiwa-jiwa yang hilang bagi Yesus.
Marilah kita melihat! Melihat ke arah yang jarang kita
lihat melalui mata Yesus. Memandang ke arah “ladang yang sudah menguning”
di Sarawak, Sabah, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan,
Putrajaya, China, India, Indonesia, Thailand, Timor Leste dan sebagainya.
Marilah kita mendengar Firman Yesus dan merasa beban-Nya terhadap orang yang
belum mengenal-Nya: “Aku berkata kepada kamu, pandanglah ladang yang sudah menguning,
siap untuk dituai!”
Pernahkah kamu
memandang ladang yang sudah “siap untuk dituai”
di rumah-rumah panjang di pendalaman negeri Sabah dan Sarawak atau
penduduk-penduduk orang asli di semenanjung Malaysia atau rakan-rakan di kolej
dan universiti dan tempat kerja atau di komuniti tempat kamu tinggal? Jadi kamu tahu apa maksud Firman
Yesus itu. Betapa beratnya beban Yesus kepada mereka dan betapa segeranya
keperluan rohani yang mereka perlukan sekarang! Ramai orang yang belum mengenal
TUHAN yang hidup telah dirantai oleh peraturan-peraturan dan undang-undang
agama, tradisi manusia yang membebankan, kepercayaan nenek moyang dan tipu muslihat
Iblis – memerlukan Penyelamat iaitu Yesus Kristus dengan segera sekarang.
Kenapa? Sebab ladang yang sudah menguning
harus dituai cepat sebelum ia tidak tumbuh lagi dan mati untuk selama-lamanya.
Begitu juga dengan ladang di dalam jiwa setiap manusia. Generasi sekarang hanya boleh menjangkau
generasi sekarang. Oleh itu, kita harus menjangkau jiwa untuk generasi ini
dengan segera. Jika pekerja-pekerja Tuhan tidak bekerja dengan cepat dan segera,
jika kita tidak menggunakan peluang sementara masa masih ada, “ladang yang sudah
menguning” sekarang – generasi sekarang – akan hilang
selama-lamanya.
Sekarang mungkin ialah peluang terakhir untuk kita
menunjukkan kepada Tuhan Yesus betapa kita mengasihi Dia. Ada diantara kita
yang sedang membaca blog ini mungkin
tidak akan mempunyai peluang yang lama. “Malam akan tiba dan tidak seorang pun dapat melakukan apa-apa”
(Yohanes 9:4b). Bagi kebanyakkan kita pula “hari masih terang”
(9:4a).
Ada sesetengah orang daripada kita masih lagi hidup untuk
diri sendiri sahaja. Dan sekarang tahun untuk dia hidup sudah semakin singkat.
Sehingga sekarang dia masih lagi belum menunjukkan kasihnya kepada Yesus dengan
melakukan sesuatu yang benar-benar bernilai bagi-Nya. Hey orang Kristian,
marilah kita bangkit dan pergi menuai jiwa-jiwa untuk Yesus! Peluang terakhir
untuk kita berbuat begitu akan hilang tidak lama lagi. Dengan nama Allah Bapa,
Yesus Kristus dan Roh Kudus bukakanlah matamu dan “pandanglah ladang yang
sudah menguning, siap untuk dituai!”
“Pergilah kepada semua bangsa di
seluruh dunia
dan jadikanlah mereka pengikut-Ku”
(Yesus Kristus, Matius 28:19, BM)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
this is great bro..ku share bole x..haha
ReplyDeleteThis I like bro... =D
ReplyDelete