Thursday, June 27, 2013

Pengalaman Sekarang Berguna untuk Masa akan Datang

[Tuhan] memilih hamba-Nya, Daud, dan mengambil dia dari padang rumput, dari tempat dia menjaga ternakan, dan menjadikan dia raja Israel untuk mengembalakan umat Allah. Daud menjaga mereka dengan penuh perhatian, dan membimbing mereka dengan kecekapan” (Mazmur 78:70-72, BM).

Apa saja pekerjaan kamu sekarang,
terus bertumbuh dan lakukan yang terbaik
Lakukan yang terbaik dimana saja kamu berada, dan ingat bahawa Allah tidak pernah mensiakan apa-apa. Sebaliknya, Dia menggunakan (atau ‘mengambil’) apa saja yang Dia mahu untuk melakukan kehendak-Nya yang sempurna. Daud pada asalnya ialah hanya seorang gembala. Gembala ialah antara pekerjaan yang paling rendah sekali dalam masyarakat Israel pada masa itu. Potensi untuk seorang gembala menjadi raja Israel adalah sangat tipis! Malah tidak terlintas dalam fikiran langsung!

Namun begitu, (hairannya) Tuhan telah “memilih hamba-Nya, Daud, dan mengambil dia dari padang rumput, dari tempat dia menjaga ternakan, dan menjadikan dia raja Israel untuk mengembalakan umat Allah”. Semua pengalaman yang Daud perolehi semasa dia menjadi gembala sangat berguna bagi dia untuk memimpin umat Allah. Dia memerintah bukannya sebagai seorang yang buas atau gila kuasa, tetapi dengan penuh “perhatian dan kecekapan” seperti seorang gembala.

Seperti Daud, Allah akan menggunakan kamu dalam apa jua perkara dan keadaan yang kamu alami sekarang. Dia akan menggunakan pengalaman kamu ini sebagai persediaan kamu untuk menggenapi rencana-Nya dalam hidup kamu pada masa yang akan datang. Jika kamu merasakan bahawa kamu hanya melakukan perkara yang biasa-biasa saja sekarang, jangan mudah kecewa – teruskan bertumbuh dan terus melayani bersungguh-sungguh. Rasul Paulus menulis kepada jemaah di Filipi: “Aku yakin bahawa Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali” (Filipi 1:6).

Allah telah “memilih” kamu dan Dia akan “meneruskan [pekerjaan yang baik pada diri kamu] sehingga selesai”. Jika kamu benar-benar ialah anak-anak Allah, ini pasti akan terjadi kepada kamu! Dia memilih Daud, seorang gembala menjadi raja Israel; Dia memilih Saulus, seorang Farisi menjadi Paulus, seorang penginjil Berita Baik tentang Kristus. Kedua-dua mereka melakukan yang terbaik dimana saja mereka berada. Dan apabila Allah memanggil mereka untuk melakukan kehendak-Nya, ternyata, mereka menggunakan pengalaman-pengalaman mereka yang sedia ada untuk melakukan rencana-Nya.

Oleh itu, kawan-kawan, lakukan yang terbaik dimana saja kamu berada,
dan ingat bahawa Allah tidak pernah mensiakan apa-apa.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

1 comment:

  1. I heard this once. Exactly the same thing you told me bro. Haha. God bless you abudantly!!!

    ReplyDelete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]